Wahai saudaraku seIslam, luangkan masamu
sejenak membaca cerita ringkas ini.
Seorang lelaki soleh yang miskin ingin memasuki
sebuah tempat akan tetapi tempat itu mensyaratkan bayaran sejumlah wang sebagai
'yuran' untuk masuk. Lelaki faqir itu dihalau dan kemudian dia pun menangis
teresak-esak.
Melihat keadaannya yang demikian, orang ramai
datang lalu menghulurkan wang kepadanya. Namun dia menolak wang tersebut.
Penolakannya ini mengundang rasa hairan di kalangan orang sekitarnya.
Salah seorang bertanya kepadanya: "Apakah
ketidakmampuanmu membayar yuran masuk ke tempat ini menyebabkan engkau
menangis?" Lelaki faqir itu menjawab:
"Tidak sama sekali. Tetapi apa yang
tangiskan ialah nasib yang bakal aku hadapi di akhirat kelak. Jika di dunia ini
kita dihalau daripada memasuki tempat seumpama ini hanya kerana kekurangan
bekalan wang, bagaimanakah kita hendak memasuki syurga Allah di akhirat kelak
andaikata kita tidak mempunyai amalan yang mencukupi untuk memasukinya?"
Semua yang mendengar kata-kata orang faqir
tersebut turut menangis.
Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment