Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

08/03/2012

Betulkan solat anda Pt. 3 - Berdakap Tangan ketika berdiri

Kedudukan tangan sama ada didakap atau tidak adalah khilaf ulama mazhab sahaja, ia bukanlah rukun atau syarat sah solat, ianya hanya sunat pada pandangan ulama 4 mazhab sahaja kerana pernah Rasullullah S.A.W. mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya dengan menyuruh dia solat semula tapi tidak pula menyebut tentang kedudukan tangan.

Hadis Berdakap Tangan:

ada hadis yang diriwayatkan tentang bentuk pergerakannya:

Sahabat Nabi, Wail R.A.menggambarkan sifat solat Nabi katanya: ''Kemudian Nabi S.A.W., meletakkan tangan kanannya di atas permukaan tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan''. (Riwayat Muslim dan Ahmad, juga terdapat dalam riwayat Abu Daud).

Cara Berdakap Tangan:


  • Berdakap tangan dan meletakkannya di atas dada.
  • Berdakap tangan dan meletakkannya di antara dada dan pusat, ini adalah pandangan mazhab syafiee.
  • Berdakap tangan dan meletakkannya di bawah pusat, ini adalah pandangan mazhab hanafi dan hanbali tapi mazhab hanbali mempunyai lebih dari satu pandangan.
  • Mazhab maliki mempunyai 2 pandangan iaitu, diletakkan di atas dada atau meluruskan sahaja tangan.








No comments:

Post a Comment