Saya Tak Boleh Terima Awak, Sebab Awak Terlalu Baik Untuk Saya
Ungkapan yang selalu diucapkan tetapi anda tidak memikirkan kesannya pada diri anda dan diri orang yang dituju perkataan itu. Itulah bukanlah cara atau ayat yang sesuai digunakan untuk menyatakan penolakan kita terhadap seseorang.
'Saya Tak Boleh Terima Awak, Sebab Awak Terlalu Baik Untuk Saya'. Itulah ungkapan yang selalu digunakan oleh seseorang untuk menolak. Adakah dengan berkata begitu hati lelaki/perempuan itu akan tenang dan terima dengan redhanya?. Adakah dengan menerima orang yang baik adalah buruk untuk seseorang itu?. Adakah seseorang perempuan/lelaki itu tidak ingin berubah jika dia menolak seseorang itu sebab dia baik?.. Antara persoalan yang bermain di fikiran mereka yang ditolak.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” (An-Nur 26)
Ya, Kata-kata Allah sememangnya benar dan tidak boleh membangkang. Allah S.W.T lagi luar pengetahuan dan lagi maha bijaksana. Tapi kita sebagai makhluknya, perlulah mengambil setiap detik pengajaran dan tauladan dari setiap titik ayat tersebut. Maksud ayat diatas ialah Allah mahu makhluknya berubah. Berubah untuk menjadi baik dan mendapat zuriat yang baik. Kita tidak boleh nak melabelkan diri kita sebagai jahat dan menolak orang yang baik. Sebab apa?. Sebab kita rasa kita ni jahat dan kahwin dengan orang jahat je. Silap. Allah mencipta yang kaya untuk membantu yang miskin, Allah mencipta yang pandai untuk membantu yang kurang pandai, Allah mencipta manusia untuk menyembah Allah, Allah mencipta bumi untuk manusia duduk.
Tapi, tidakkah pelik jika manusia itu jahat dan Allah mahukan dia bersama yang jahat dan meluaskan lagi empayar jahatnya?.. TIDAK!... Apa yang Allah hendak sampaikan ialah mahu manusia berubah mengejar yang baik dan menghindari kejahatan. Manusia sendiri sudah boleh berfikir dan memilih jalan yang mana menuju kejayaan dan jalan yang mana menuju kesengsaraan. Sebagai contoh, ada juga seseorang yang baik itu berkahwin dengan wanita yang kurang baik, sebab apa?. Sebab Allah mahukan hambanya membimbing wanita tersebut ke jalan yang baik. Allah suka yang baik, Allah memilih yang baik.
Kesimpulannya, fikirlah yang terbaik dan setiap perkara yang kita terima tu mesti ada risikonya. Jangan takut untuk menerima risiko tersebut dan sampai satu masa, kita akan menjumpainya kembali sebab itulah lumrah kehidupan. Bak kata pepatah 'What Goes Around, Comes Around'.
Kredit untuk : Dunia Everything.
No comments:
Post a Comment