Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

10/03/2012

Bolehke berdoa selain dalam bahasa Arab?





Seringkali ada yang mengajukan pertanyaan, “Bolehkah berdo’a dengan bahasa selain bahasa Arab?” Kerana itulah bahasa do'a yang biasa dia faham dan amalkan. Berikut penjelasan singkatnya.

Syaikh Sholih Al Munajid hafizhohullah dalam kitab beliau Al Islam Sual wa Jawab memberikan penjelasan

“Jika orang yang solat mampu berdoa dengan bahasa Arab, maka ia tidak boleh berdo’a dengan bahasa selainnya. Namun jika orang yang solat tersebut tidak mampu berdo’a dengan bahasa Arab, maka tidak mengapa ia berdo’a dengan bahasa yang ia fahami sambil ia terus mempelajari bahasa Arab (agar semakin baik ibadahnya).

Adapun do’a di luar solat, maka tidak mengapa menggunakan bahasa bukan Arab. Situasi ini sama sekali tidak ada masalah lebih-lebih lagi jika hatinya semakin hadir/khusyuk (semakin memahami) do’a yang ia panjatkan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menerangkan,

وَالدُّعَاءُ يَجُوزُ بِالْعَرَبِيَّةِ وَبِغَيْرِ الْعَرَبِيَّةِ وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ يَعْلَمُ قَصْدَ الدَّاعِي وَمُرَادَهُ وَإِنْ لَمْ يُقَوِّمْ لِسَانَهُ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ ضَجِيجَ الْأَصْوَاتِ بِاخْتِلَافِ اللُّغَاتِ عَلَى تَنَوُّعِ الْحَاجَاتِ .

“Berdo’a boleh dengan bahasa Arab dan bahasa bukan Arab. Allah subhanahu wa ta’ala tentu saja mengetahui setiap maksud hamba walaupun lisannya pun tidak mampu menyuarakan. Allah Maha Mengetahui setiap do’a dalam berbagai bahasa pun itu dan Dia pun Maha Mengetahui setiap permintaan yang dipanjatkan kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment