Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

28/03/2012

Tinggal yang haram dapat Isteri yang Halal



Tinggal Terung Yang Haram Dapat Isteri cantik yang Halal

Di KOTA DAMSYIQ,ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah.kira-kira 70 tahun lalu,masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda..penuntut ilmu yang bernama SULAIM AL-SUYUTHI.

Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh,tetapi dia sangat fakir.Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik didalam masjid Al-Taubah.

suatu hari,Sulaim berasa sangat lapar.sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan.pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati kelaparan.otaknya berfikir,apa yang harus dilakukan??malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuatu sesuai keperluan.ia memilih untuk mencuri.

Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya.rumah-rumah pada saatu itu berada saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran.jika seseorang mahu ,ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah.Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid.ia terus melangkah ke atap rumah penduduk.ia melihat seorang wanita dari atap tersebut,ia segera menutup matanya dan menjauh.

kemudian dia tiba di sebuah rumah kosong,ia mencium dari dalamnya bau sesuatu masakan.bau itu semacam magnet yang menarik dirinya untuk turun.ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus menuju ke dapur.ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi ) yang sedang dimasak..tangannya mengambil salah satu daripada terung tersebut dan segera menggigitnya.

Namun,sebelum ia sempat menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali..Hatinya segera berkata ” A’uzubillah…aku seorang pelajar agama yang tinggal di masjid.tidak patut aku ceroboh rumah orang lain dan mencuri makananya..” ia menjadi sangat menyesal,ia lalu beristigfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula.

Ia lalu kembali ke masjid dan duduk disebuah majlis ilmu.namun kerana sangat lapar,dia tidak mengerti apa yang dia dengar.Setelah majlis itu selesai,dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing tidak ada yang masih berada di masjid kecuali Syeikh Sulaim dan gurunya..

Dalam keadaan itu, seornag wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru,suaranya sangat halus.kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya:

” perempuan itu baru sahaja kematian suaminya.dan dia seorang yang asing di negeri ini.tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua.ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya.Untuk itu,dia meminta dicarikan suami yang dapat menjaga dirinya daripada orang jahat.,Mahukah engkau menikahinya?.

Syeikh Sulaim berkata “ya”

lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu,” mahukah englau menerimanya sebagai suami?.”

Ia menjawab “ya”

lalu ia memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua saksi. akad nikah pun dilaksanakan segra.

Syeikh itu berkata, ” bawalah suamimu ini”

perempuan itu lalu memimpinya ke rumah tempat tinggalnya.apabila perempuan itu menyingkap niqabnya,ternyata ia adalah sngat muda dan cantik,juga ternyata rumah kediamannya adalah rumah yang telah dicerobohinya tadi.

Isterinya lalu bertanya, “mahukah engkau makan??” ia menjawab “ya”

isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya.ia terus berkata

“hairan sekali,siapa yang telah memakan terungku??”

Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakn kisahnya kepada isterinya. Isterinya itu segera berkata:

“inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini beserta seluruh isinya melalui cara yang halal.”

~ kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali al Thantawi, seorang ulama besar syria yang wafat beberapa tahun lalu,di dalam muzakarahnya,beliau berkata,”cerita ini kisah nyata,saya sendiri mengenali tokoh-tokoh itu dan masih ingat perinciannya”.

~ pengajaran yang terkandung dalam kisah ini sangat nyata dan jelas.satu biji terung haram yang ditinggalkan kerana Allah dibalas dengan rumah besar beserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak.


No comments:

Post a Comment