Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

11/03/2012

Kisah yang diceritakan Rasullullah S.A.W. mengenai perihal ahli neraka


Kisah isi neraka sebagaimana yang diceritakan oleh Rasullulah saw:

Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara api di bawah tapak kakinya, yang mendidih otaknya kerana kepanasan".(Hadis sahih riwayat Muslim)

Dari Abu Sa'id katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Bahawa penghuni neraka yang kekal abadi, selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar dosanya(sampai habis kadar dosanya), kemudian dimatikan, setelah itu menjadi arang,datanglah pembelaan(syafaat). Golongan itu dibawa sekelompok-sekelompok lalu diserahkan ke dalam sungai syurga,kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar di bawa oleh air banjir".       Hadis sahih riwayat Muslim

Dari Jabir bin Abdullah katanya :"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya Allah Taala akan mengeluarkan suatu kaum dari dalam api neraka semata-mata kerana syafaat".Hadis sahih riwayat Muslim

Abu Hurairah r.a. berkata :     Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dua golongan orang dari isi neraka    yang belum pernah aku melihatnya. Perempuan yang berpakaian          dan telanjang (menutup setengahnya mendedahkah setengahnya atau memakai pakaian yang nipis). Maka tidak mentaati Allah dan menarik orang lain kepada keadaannya (sepertinya). Atas kepala           bagai bonggol unta dari khurasan. Mereka tidak akan melihat syurga dan tidak mencium baunya. Orang lelaki yang memegang cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya
Hadis sahih riwayat Ahmad dan Muslim

No comments:

Post a Comment