Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

06/05/2012

Membuang Halangan di Jalanan - Contohilah burung ini


Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak mengganggu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)
Membuang duri atau benda yang menyakitkan (seperti kaca, paku) dijalanan adalah satu sedekah.

Daripada Ibnu Abbas, Nabi bersabda “…..dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah“

Membuang duri dari jalan juga diampuni dosa. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah RA.

“Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Allah SWT merahmati (mengasihani) sesorang yang membuang sesuatu yang menyakitkan (atau menjadi halangan) dari jalan diatas niat untuk menyelamatkan orang Islam lain. Begitulah tingginya makam (kedudukan) orang Islam disisi Allah SWT.

Lebih tinggi markah amalan yang diberikan, maka lebih tinggilah ganjaran yang diperolehi di Syurga nanti.

Yang saya hendak sebutkan di sini adalah serendah-rendah tahap keimanan itu ditunjukkan dengan membuang/mengelakkan halangan di jalanan.
Ustaz Zahazan menyebut tentang membuang sampah di jalanan yang sering diamalkan oleh mana-mana rakyat di Malaysia (macam dah jadi trend rakyat Malaysia pula) - walaupun sekadar sehelai plastik/sebotol air mineral yang sudah kosong/satu tin minuman yang sudah kosong - sebenarnya trend ini telah menunjukkan bahawa kita sebenarnya telah mewujudkan halangan di jalanan, sedangkan serendah-rendah iman itu membuang halangan di jalanan.


No comments:

Post a Comment