HEBATNYA PERIBADI RASULULLAH
S.A.W
Berikut merupakan fakta unik
secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.
1. Nabi SAW tidak melepaskan
tangannya saat berjabat sebelum orang tersebut melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah
mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan
seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara
sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari
telunjuk.
5.beliau tidur dengan alas tidur
dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2
lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika
membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi SAW yang paling
mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa
Abissinia (Ethiopia).
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil
beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang
diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi SAW sendiri yang
menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi SAW yang paling
mewah, meskipun jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan(ada riwayat
mengatakan peha) kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun
memiliki senyum yang sangat memikat dan malu untuk mempermalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh
jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan
seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang
termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, diumpamakan
sebagai sebutir salju di oasis.
14. Beliau tidak pernah sakit
gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih
kemerah-merahan.
kadang2 bila trbaca kisah Nabi Muhammad SAW, aku sanggup menangis... sebak tak trtahan... padahal.. aku slalu tinggal solat
ReplyDelete