Dialah
Jodohnya..
Abu
Saleh adalah seorang pemuda yang sangat cinta kepada Allah. Pada suatu hari,
seperti biasa beliau duduk di tepi sungai sambil bertafakur. Kemudian perutnya
terasa lapar dan kebetulan pada waktu itu dia terlihat sebiji epal
terapung-apung di sungai itu. Lalu diambilnya epal itu dan dimakan.
Sedang
dia menguyah epal tersebut, tiba-tiba dia teringat bahawa epal itu tentu ada
pemiliknya. Abu Saleh merasai dirinya berdosa kerana memakan epal itu tanpa
meminta keizinan daripada pemiliknya terlebih dahulu. Oleh kerana rasa takut
kepada Allah, beliau menyusuri hulu sungai tersebut demi mencari tuan punya
epal itu. Setelah berhari-hari berjalan, akhirnya Abu Saleh telah menjumpai
sebatang pokok epal dan beliau yakin bahawa epal yang dimakannya tempoh hari
adalah dari pokok ini.
Abu
Saleh terus berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi.
Melihat akhlak yang dimiliki oleh Abu Saleh menyebabkan Abdullah Saumi tidak
sanggup melepaskan Abu Saleh pergi. Lalu Abdullah Saumi membuat satu helah.
Beliau akan memaafkan Abu Saleh dengan syarat Abu Saleh mesti berkhidmat dengan
beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah
mematuhi syarat tersebut.
Setelah
12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat baru. Beliau akan memaafkan Abu
Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup berkahwin dengan anak perempuannya yang buta
matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangan serta kakinya. Syarat
tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah... Abu Saleh turuti
juga.
Setelah
diakad nikah, Abu Saleh terkejut setelah melihat isterinya yang jelita rupa
parasnya dan tidak cacat anggotanya. Lantas Abu Saleh segera berjumpa Abdullah
Saumi. Akhirnya, Abdullah Saumi menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu
Saleh, "Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak
pernah memandang lelaki yang bukan mahramnya, pekak telinganya kerana tidak
pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana
tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan dan lumpuh kedua-dua
kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."
Firman
Allah S.W.T : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
No comments:
Post a Comment