Bismillahir-Rahmanir-Rahim...
Darjat seorang isteri
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta
apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau
tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu,
kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan
baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang
yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini,
macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar
biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari
suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya
bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi
kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan
mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan
Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di
zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah
segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada
suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum,
tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja
meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa
cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah
dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja
derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah menyatukan hati-hati
kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits
yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada
menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari
cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'.
Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat,
Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai
karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi
kerana Allah..
No comments:
Post a Comment