Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

11/05/2012

Sekeluarga tidur kesejukan kerana memuliakan tetamu


Habib Umar sekeluarga tidur kesejukan tanpa selimut kerana memuliakan tetamu..
Ini adalah pengalaman saya (Habib Ahmad bin Muhammad Alkaff) yg tak dpt dilupakan tentang Alhabib umar bin hafidz
Waktu itu pertengahan april 1994 musim dingin di kota Tarim, Hadramaut mulai menyapa kami yg memang kami belum terbiasa dgn dinginnya cuaca Tarim ketika musim dingin . Alhabib umar pun telah menyiapkan untuk kami para muridnya dari indonesia yg waktu itu sangatlah menginginkan sebuah selimut tebal yg mahal . Masing masing dari kami mendapatkan satu selimut
Kisah pun bermula :
Seperti biasa selepas asar kami dan Alhabib umar menuju kota Tarim untuk menghadiri rauhah dan maulid dikota tersebut. Selepas acara kami pun kembali ke kediaman Alhabib umar di kota Aidid. Biasanya kami pulang larut malam dan kerana pada waktu itu Alhabib umar hanya memiliki 1 kereta maka kami pun selalu berebutan untuk menaiki kereta tersebut. Kadang-kadang kereta tersebut penuh dimuat oleh 20 orang lebih sehingga penuh didalam dan diatas kereta. Kami berebut kerana memang jika kami tidak dapat menaiki kereta maka terpaksa kami pulang dgn berjalan kaki yg berjarak lebih kurang 5 kilometer.

Saya dan dua teman saya pada waktu itu kurang beruntung . kami bertiga berjalan kaki untuk pulang kerumah Alhabib umar . Sesampainya kami ditempat habib umar kami mendapati teman2 kami yg lain telah mendapatkan selimut yg tebal yg baru saja dibagikan oleh habib umar. Kami pun bergegas menemui habib umar tapi nasib kami kurang beruntung kerana selimutnya telah habis. Habib umar mengatakan bahawa kedai penjual selimutnya kehabisan stok dan berjanji akan memenuhi kekurangannya besok pagi . kami pun meminta izin kepada beliau untuk tidur tapi sebelum kami pergi habib umar menyuruh kami untuk menunggu . kami pun menunggu habib umar yg masuk kedalam rumahnya. beberapa saat kemudian habib umar pun keluar dgn membawa beberapa selimut tipis dan lusuh dan membagikannya kepada kami bertiga . kami pun menerima selimut itu tanpa fikir panjang lalu kami pun pulang menuju asrama yg berada tepat dibelakang rumah habib umar . kami pun membagi bagikan selimut tipis dan lusuh pemberian habib umar . yg berjumlah 2 selimut besar dan 3 selimut kecil untuk kami bertiga .

Baru saja kami meluruskan badan untuk tidur terdengar tangisan bayi yg tak henti hentinya yg kami yakin itu adalah tangisan anak Alhabib umar yg masih bayi pada waktu itu. kami pun sempat bertanya dalam hati kenapa bayi itu menangis sepanjang malam sambil tetap berusaha untuk memejamkan mata, menjelang subuh suara tangisan bayi pun berhenti mungkin kerana penat menangis sepanjang malam, kami pun bergegas menuju ke masjid aidid yg terletak didepan rumah habib umar sambil membawa kitab nahwu yg akan kami pelajari setelah solat subuh dibawah bimbingan secara langsung habib umar setelah selesai belajar nahwu kami pun pulang keasrama kami dipertengahan jalan kami bertemu dgn habib Salim anak dari Alhabib umar bin hafidz yg waktu itu masih berusia 6 thn kami pun menyapa dan bertanya .. ‘’wahai salim mengapa adik bayimu menangis tak henti hentinya malam tadi ? apakah dia sakit’’? habib Salim pun menjawab, ‘’tidak , adikku tidak sakit.’’ ‘’lalu apa yg membuatnya menangis’’ ? dengan lurusnya salim pun menjawab .. ‘’mungkin karena kedinginan , kerana semalam kami sekeluarga tidur tanpa selimut’’..

Bagai tersambar petir, kami terkejut mendengar ucapan polos tersebut kami pun berlari menuju asrama untuk mengambil selimut lusuh yg ternyata milik keluarga habib umar yg beliau berikan kepada kami dan beliau sekeluarga rela tidur tanpa selimut di musim dinginnya malam kota tarim demi anak2 muridnya . kami kembalikan selimut tersebut kepada habib umar sambil membendung air mata dan tanpa tahu harus berkata apa dengan senyum dan seolah2 tak terjadi apa apa habib umar menerima selimut dari kami dan menggantikan selimut tersebut dgn yg baru, yg baru saja dikirim oleh pemilik kedai.. kami pun kembali keasrama tanpa dapat membendung lagi air mata kami yang melihat kemuliaan yg beliau berikan kepada kami. sambil berkata didalam hati .. ‘’ya Allah ternyata diabad ini masih ada org yg berhati begitu mulia seperti beliau. terimakasih ya ALLAH yg telah mempertemukan aku dgn manusia mulia dikehidupanku ini’’.

Antara sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam ialah memuliakan tetamu.
Baginda bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka dia hendaklah memuliakan tetamunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Melayan para tetamu sampai mereka berasa puas hati itu adalah akhlak yang terpuji & dituntut di dalam Islam.

Bukan buat tetamu sahaja, bahkan layanan seperti itu juga dianjurkan kepada si suami melakukannya terhadap isteri & anak²nya.

Sebagai contoh layanan yang dianjurkan ialah seperti berkata kepada tetamu: "Silakan makan sampai kenyang, jangan malu & segan atau sila tambah lagi..." dan lain² bahasa yang sopan & mesra.

Di dalam hadis Sohih Bukhari diceritakan kisah antara Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyidina Abu Hurairah ra.

Ketika itu, hanya Rasulullah & Abu Hurairah yang belum meminum susu yang telah diminum oleh para sahabat yang lain. Lantas Rasulullah menyuruh Abu Hurairah minum dahulu. Abu Hurairah minum & berhenti.

Rasulullah berkata kepadanya: "Minumlah lagi."

Rasulullah menyuruhnya minum sampai Abu Hurairah menjawab: "Sudah, saya sudah kenyang. Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sudah tidak tempat lagi (di dalam perut untuk diisi susu itu).

Kemudian Rasulullah memuji Allah & membaca Bismillah lalu meminum sisa susu tadi.

Begitulah akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam melayani tetamu.

Kepada yang mengundang ke majlis jamuan, jamulah para tetamu sampai mereka berasa kenyang. Selamat beramal .




No comments:

Post a Comment