SoLaT Di AWAL WaKtu...Kita
BagaiMana?
Adakah kita sedaya upaya untuk
mengerjakan solat-solat kita tepat pada waktunya..?
walaupun tiada sebarang
keuzuran..
tiada sebarang alasan..
Tiada sedikitpun halangan..
Sekadar merayau kesana-kemari..
Hanya bermalas-malasan diatas
katiL..
Hanya bersembang-sembang kosong..
mengadap Laptop..
Jika itu alasannya..tidak patut
kita melewat-lewatkan masa mendiriKan solat..
Apa salahnya kedengaran sahaja
azan berkumandang, bersegera mengambil wudhu dan tunaikan lah solat..
Janganlah bertangguh..
Nanti..
sekejaP..
kejaP Lagi..
itu tidak patut berlaku kepada
solat kita..
Solat itu ‘Pertemuan’ kita dengan
Allah..
Bicara’ kita pada Rabb yang Maha
Hebat itu..
Solat itu tanda Cinta kepada
Allah ..
Solat itu tanda rindu kepada
Allah..
Jika kita Cinta..Pasti ingin
selalu bertemu..
Jika Kita rasa Rindu pasti tidak
sabar-sabar untuk bertemu..
meluah rasa Cinta dan rindu..
tertunggu-tunggu episod pertemuan
yang seterusnya..
Kita sayang ALLAH..
Kita cinta ALLAH..
Kita rindu ALLAH..
Tunaikanlah solat di awal waktu..
solat subuh seawal waktunya..
kemudian hati tidak sabar
menunggu waktu zuhur..
Kemudian..hati gelisah menunggu
waktu asar..
Hati gundah menanti waktu
maghrib..
Hati berdebar menghitung
detik-detik untuk menunaikan solat isyak..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Jika kita menunggu ‘waktu
pertemuan itu’..pasti kita tidak ingin bertangguh ..
Kita bertangguh mengerjakan
solat..
Allah juga akan ‘bertangguh’
memberi pertolonganNya..
Jadi, sila jangan pelik jika jika
selalu terhimpit dengan pelbagai kesusahan hidup..
Selalu tidak tenang..
Serabut..
Dihurung masalah..
Cuba MuhasaBaH diri daN periKsa
soLaT kiTa..
Bukankah dengan solat dapat
mententramkan hati dan jiwa apabila kita ditimpa kesusahan.
Firman Allah dalam Surah Al
Maarij : 19- 22 “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah
(lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah,
Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut Kecuali orang-orang
yang mengerjakan sembahyang (solat)”
No comments:
Post a Comment