Gambar Di Bawah Menunjukkan Graf Ketenangan Gelombang Otak
Semasa Khusyuk Dalam Solat
Gelombang pertama adalah semasa
biasa dan dalam keadaan sedar
Gelombang kedua dalam keadaan
tenang dan gembira.
Gelombang ketiga semasa
pemerhatian dan tidur lena.
Gelombang ke empat dalam keadaan
berfikir secara mendalam kepada Allah SWT atau Khusyuk.
Mengapa Aku Tuhan?
Mengapa Aku? Aku Hanyalah hambaMu
yang lemah dan serba kekurangan
Di saat aku melihat ramainya
manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk
mencari redhaMu?
Disaat aku melihat ramainya
pemuda yang hilang jati dirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk
menjadi insan yang membinanya?
Disaat aku memandang ributnya
gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam
ingat padaMu?
Dikala aku merasa teringin untuk
merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk
mencari cintaMu?
Disaat diriku ini terlalu banyak
dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk
segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia
merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih
sebagai kalangan yang membinanya?
Mengapa aku?
Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat…
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!
Tapi mengapa aku dipilih?
Mengapa aku dilahirkan sebagai
muslim?
Seingatku… aku tak pernah pun
meminta…
Mengapa aku dipilih untuk
berdakwah?
Ah… aku bukannya alim. aku
bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak
sombong. Aku banyak dosa!
Tapi Tuhan… mengapa masih aku
yang Kau pilih?
Aku mahu, bahkan terlalu mahu
jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu
takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan… aku tak kuat!
Aku lemah…
Dikala ujian dariMu datang…
Aku gagal. Bukan sekali,
berkali-kali.
Aku malu Allah…
Aku segan. Aku malu dengan
seluruh alam ini.
Disaat diriku dipandang mulia,
rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu…
Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh
hatiku…
Tuhan, jawablah… mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?
Tuhan..
aku tak pandai bermadah… juga
tidak bijak menyusun kata…
Tapi ketahuilah…
Aku merayu…
Izinkan aku menumpang hidup
sekali cuma…
Agar diriku, mampu mencintaiMu.
Terima kasih Tuhan…
kerana memilih aku…
Terima kasih Ya Rabbi.
Dan kini… Hanya diriMu
matlamatku.
Sekarang dan selamanya…
No comments:
Post a Comment