Sebuah kisah antara saya dan bomoh sekadar untuk menguji
sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....
Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam
mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang
lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan
perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...
Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali
melingkupkan perniagaan seseorang.
Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal
tersebut.
saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat
hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu
ramai...
bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk
kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)
saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya
ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan beralih pula ke kedai
sekitarnya.
Bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
'anak ini berniaga kah?'
saya menjawab: tidak. saya hanya.......
mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang
mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama.
Mengapa pula begitu?'
Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain.
sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat
pelanggan.
saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelanggan yang
lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.
Bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan
mereka, anak perlu bawa barang-barang ini'
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan
sihir terhadap si polan tadi.
'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama
kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.
saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama
kedainya cukup saya ingat...
'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak
hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi.
saya: er..Mcdonald dan KFC......
Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan
kepalang dengan saya.
katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan
peniaga kecil di luar sana.
Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelanggan akan
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa
besar)
Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya
katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan
perniagaan besar sebegitu....
moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas
sesiapa..... . hanya menggunakan tipu daya sahaja...'
dan bagi mereka yang percaya tentang perkara
ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap
sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain.
Dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak
digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....
Atur strategi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua
akan maju..
Wallahualam. ...
Maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil
yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan izinNYa...
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment