Jangan Tinggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu
Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah
s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka
meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu
Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang
yang lalai?” – H.R Muslim.
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat
merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain
ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini
akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal
dengan dosa yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati
suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat
hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan
dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang
dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran
yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang
sakit dan orang musafir.
Oleh itu sekiranya seseorang itu
tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat
Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain
dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan
suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
Jika ANDA mengerjakan SOLAT FARDU
lima kali sehari semalaman,anda sebenarnya telah melakukan 17 Ruku', 34 Sujud,
94 Takbir, 9 Tahiyat, 10 Salam dan 153 Tasbih...
Jika MENINGGALKAN SOLAT lima
waktu bermakna kita telah INGKAR kepada pemerintah Allah supaya sujud sebanyak
34 kali...
Iblis Lak'natullah tidak sujud
sekali kepada Nabi Adam a.s sahaja atas perintah Allah s.w.t sudah pun digelar
laknatullah..bagaimana dengan kita jika ingkar tanpa sujud berkali-kali,
berbulan-bulan, bertahun-tahun..?
No comments:
Post a Comment