Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

12/05/2012

Hadis Palsu berkenaan diet Rasullullah S.A.W. - Beware!!


HADIS PALSU!!

Telah tersebar dalam internet terutamanya Facebook akan satu poster keluaran MedikTv yang menceritakan diet Rasulullah SAW, ianya tersebar dengan sangat meluas hingga jumlah mereka yang menekan butang 'share' mencecah lebih 5536! Lebih mendukacitakan lagi apabila ia turut juga disebarkan oleh para tokoh agamawan.

Dalam poster itu dinyatakan kononnya Rasul SAW tidak makan susu bersama daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak makan ikan bersama susu, tidak makan ayam bersama susu, tidak makan ikan bersama telur, tidak makan ikan bersama daun salad, tidak makan susu bersama cuka, tidak makan buah bercampur susu (koktel), jangan sesekali meninggalkan makan malam, jangan makan buah selepas makan nasi, Nabi tidur 1 jam selepas makan tengah hari.

Ketahuilah bahawa kesemua ini adalah Palsu, Tiada Asalnya dari Nabi SAW. Ia adalah satu pendustaan kepada Nabi SAW yang mulia. Wajib bagi mereka yang telah menyebarkannya untuk memadamnya dan segera bertaubat memohon ampun dari Allah SWT atas keterlanjuran yang telah dilakukan.

Wajib bagi setiap manusia yang ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW agar jangan lupa ancaman berdusta kepada Baginda SAW. Pastikan dahulu sekurang-kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?.

Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila seseorang telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW.

Sabda Rasullullah S.A.W : 'berdusta ke atasku bukan seperti berdusta ke atas orang lain, siapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, tempatnya dalam neraka' (direkodkan oleh bukhari dan muslim)


No comments:

Post a Comment