Perlu diketahui bahawa memotong
kuku adalah amalan sunat.
Berkata Saidatina Aisyah
bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai
fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke
hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur
bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang
ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada
kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu
ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum
mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman,
berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda
bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari
Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik,
kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang
sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia
diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai
mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat
sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
Berkata Abu Hurairah R.A.
bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong
kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk
bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan
al-Tabrani).
Sekarang saya ingin berkongsi
cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Saya akan menyatakan
3 cara untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari
kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama. Err, lebih
tepat jika disebut tertib potong kuku.
:: Bilakah sunat memotong kuku?
Disunatkan memotong kuku pada
hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari.
Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum
kuku jari kaki.
:: Cara potong kuku jari tangan
Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu
ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga
ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak
senang, tengok gambar!
Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di
dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di
atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal
Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.
Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah
ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.
Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan.
Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب '
untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari
dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.
Kaedah خوابس
untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu
jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.
Kaedah أوخسب untuk
jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk
dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah
lagi terus tengok gambar!
:: Cara potong kuku jari kaki
Sebagaimana yg diajar oleh Imam
Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan
maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:
Mulakan dengan jari kelingking
kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat
jari kaki ketika berwuduk.
No comments:
Post a Comment