Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

19/05/2012

Solat sunat rawatib - penampung kekurangan solat fardhu


Solat sunat Rawatib

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja..

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib’ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

2 rakaat sebelum Zohor,
2 rakaat selepas Zohor,
2 rakaat selepas Maghrib,
2 rakaat selepas Isyak dan
2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)



Qada solat Rawatib
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

Solat sunat sebagai ‘back-up’ amalan solat fardhu jika terdapat kekurangan:
Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.
Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.
Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'
(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


No comments:

Post a Comment