Makna
bacaan dalam solat
Doa
Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan
petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan
bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan
orang
musyrik.
Sesungguhnya
solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian
alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk
tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang
Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam.
Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Yang menguasai hari
pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami
mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang
lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang
sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari
rukuk
Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.
Bacaan ketika
iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala
pujian.
Bacaan ketika
sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua
sujud
Ya Allah, ampunilah
daku,
Rahmatilah
daku,
kayakan
daku,
angkatlah
darjatku,
rezekikan
daku,
berilah aku
hidayah,
sihatkanlah daku
dan
maafkanlah akan
daku.
Bacaan ketika Tahiyat
Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk
Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah
serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat
Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk
Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas
keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana
Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam
ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha
Agung.
Doa
Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau
tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau
sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan
padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun
yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada
Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi
pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa
yang
telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera
keatas
keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
No comments:
Post a Comment