Antara sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam ialah
memuliakan tetamu.
Baginda bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat, maka dia hendaklah memuliakan tetamunya." Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Melayan para tetamu sampai mereka berasa puas hati itu
adalah akhlak yang terpuji & dituntut di dalam Islam.
Bukan buat tetamu sahaja, bahkan layanan seperti itu juga
dianjurkan kepada si suami melakukannya terhadap isteri & anak²nya.
Sebagai contoh layanan yang dianjurkan ialah seperti berkata
kepada tetamu: "Silakan makan sampai kenyang, jangan malu & segan atau
sila tambah lagi..." dan lain² bahasa yang sopan & mesra.
Di dalam hadis Sohih Bukhari diceritakan kisah antara
Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyidina Abu Hurairah ra.
Ketika itu, hanya Rasulullah & Abu Hurairah yang belum
meminum susu yang telah diminum oleh para sahabat yang lain. Lantas Rasulullah
menyuruh Abu Hurairah minum dahulu. Abu Hurairah minum & berhenti.
Rasulullah berkata kepadanya: "Minumlah lagi."
Rasulullah menyuruhnya minum sampai Abu Hurairah menjawab:
"Sudah, saya sudah kenyang. Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sudah
tidak tempat lagi (di dalam perut untuk diisi susu itu).
Kemudian Rasulullah memuji Allah & membaca Bismillah
lalu meminum sisa susu tadi.
Begitulah akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam melayani
tetamu.
Kepada yang mengundang ke majlis jamuan, jamulah para tetamu
sampai mereka berasa kenyang. Selamat beramal ツ.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
وسلم
No comments:
Post a Comment