8 CARA MENJADI ISTERI DAMBAAN SUAMI
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan
ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan
suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu
bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandaimengangkat suami di
pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.
Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping.
Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami
anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi
pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda
juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda
tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah
sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang
diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih
rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara
tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi
‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah
dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak
akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini
kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka
sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan
senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping
mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri
mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi
penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat
emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa
tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan
walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti
tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa
masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan
chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam
menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan
yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang
hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin
ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang
lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan
kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya
isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua.
Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding
imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri.
Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di
rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini
jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan
hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua
ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan
suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda
menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan
membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment