Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik
tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa
Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka
ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi
ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.
Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang
air mata.
3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.
Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih
faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia
tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati,
janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah
memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan
menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg
masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk
untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama
kita.
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi
e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.
Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang
terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu
kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah,
"ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa
kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1,
kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.
Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal
yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Kalau ditimpa sakit, bacalah
Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku
tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku
ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi
sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang
buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu
ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau
telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan
mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.
***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara
emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu
mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata
luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka
boleh mendoakan kita dari sana.
Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan
doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka
akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada
mereka.
Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan
harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu
selamanya..
Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk
sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta
datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah
dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang
susah ini untuk kita dapatkan pahala!
***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita
ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah,
aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada
ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita
baru kita ringan tangan nak bersedekah.
***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan
nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud
minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan
anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab
balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga
ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan
matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi,
susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang
belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka,
walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.
Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang
lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam
selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung
tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah"
700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim
dan kanser tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang
daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.
Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita
tolong zikirkan.
Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas
"Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan
anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap harii.
Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita,
insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh
yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada
Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba
sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh
kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.
No comments:
Post a Comment