WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....
Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak
menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang
enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang
mungkin sesuai untuk mereka:-
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.
Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud
kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena
sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang
disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi
jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang
bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah
itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa
betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman
yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu
menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka
jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi
mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta
nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada
individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang
sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan
puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa
sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan
hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta
orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak
menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan
Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan
photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum
sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia
muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap!
Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit
kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak
ikhlas beragama Islam.
# Bertindaklah sekarang.Jangan beralasan lagi untuk
menidakkan hukum Allah..
No comments:
Post a Comment