Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

20/03/2012

Bila doa akan dimakbulkan??


Ya Allah, Bilakah Doaku Akan Dimakbulkan?

Nabi Ibrahim Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengembalaan ternakannya di sebuah bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka.

Ibrahim bertanya, “ Hari apakah yang paling mulia?”

Ahli ibadah menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian yang lain.”

“Apakah engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan hari itu?” ungkap Ibrahim.

“Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak 30 tahun silam, tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.

“Apakah engkau mahu aku jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”

Ahli ibadah itu menjawab, “Ya.”

“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia selalu bermunajat, merayu, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau menanamkan sikap putus asa di dalam hatinya.”

Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.
(Al Syaikh Al Baha’i)


No comments:

Post a Comment