~* Manfaat Wudhu Sebelum Tidur *~
1. Merilekskan otot-otot sebelum beristirahat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Dapat dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air yang dilakukan umat muslim ketika wudhu itu merupakan suatu cara mengendurkan otot-otot yang kaku/keras kerana letihnya dalam melakukan aktiviti seharian. Sangat nampak positifnya bahwa jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa rileks. Badan tidak akan terasa penat.
2. Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah karena amalan wudhu ini menghilangkan noda yang terkumpul dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan senantiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
3. Didoakan malaikat. Dalam sebuah sabda Nabi, bahawa malaikat akan senantiasa memberikan do’a perlindungan kepada umat muslim yang senantiasa wudhu sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang senantiasa berzikir kepada Allah. nescaya do’anya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, senantiasa berwudhu itu adalah hal yang harus kita lakukan.
No comments:
Post a Comment