Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

05/03/2012

Solat pada 5 jenis manusia...anda kategori yang mana?


Solat Dan Lima Jenis Manusia





SUDAH lama kita bersolat,
tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih
samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya,
bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam
solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis
mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat
solat.


Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi
ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang
semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai
umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak
bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu
kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan
solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan
main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap
tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program
kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak
bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi
atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan
tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan
derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu,
tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya,
tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan
sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah
(kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat
Golongan ini baik
sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam
solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat
sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan
seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah
semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan
bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini
orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum
seronok dengan solat.

* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham
secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta
apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so
latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan
tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang
soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan
ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai
tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua
dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat
jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan
daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah
(sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat
kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

No comments:

Post a Comment