Sebagai Renungan Kita
Semua ...
Apabila kita hendak
menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau
hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak
menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau
hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Apabila kita hendak
bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita
pandai atau rasa berkewajipan menyampaikan ilmu.
Ingatlah pahala sesuatu
amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana ALLAH, amalan
itu akan menjadi macam debu.
No comments:
Post a Comment