Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

07/03/2012

Penjaga gol yang prihatin dengan Umat Islam Somalia!!


Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu. (lihat gambar di bawah)

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"




Masih tidak bersyukur?

Berulang-ulang kali disebut di dalam Surah Ar-Rahman - سورة الرحمن

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maksudnya : Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Maka eloklah kita membiasakan diri dengan lafaz :

شكرا الْحَمْدُ لِلَّهِ

Syukur kepada Allah di atas segalanya ( dengan lafaz di lidah dan dibuktikan di dalam kehidupan seharian kita)



No comments:

Post a Comment