SYARAT JADI
IMAM.
SOALAN:
Bolehkah
ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.
JAWAPAN:
Syarat-syarat
sah untuk seseorang itu menjadi Imam :
1) Islam,
tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.
2) Berakal,
tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang
dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila
itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana
dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.
3) Baligh,
tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di
dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Abbas dan Ibn Mas’ud, “Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak
sehingga dia baligh.” Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna
sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam
Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang
belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:
Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak
yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)
4) Lelaki
yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat
yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada
solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata
maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.
5) Bersih
daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang
yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal
tersebut atau lupa.
6) Baik
bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya
kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun
solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf
(jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak
menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh
duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.
7) Keadaan
yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam.
Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i-
Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia
telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh
diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu
sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik
(tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk
menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat
menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit
hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan
semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan
sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan
makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau
orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan
Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas
imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah
lebih utama.
8) Syarat
khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas
ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai
penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu
keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua
keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi
dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga
pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam
orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.
9) Imam
mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran
dari makhrajnya.
10)
Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh
orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab
Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada
tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab
Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan
tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada
batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam
yang bermazhab Syafie adalah makruh.
No comments:
Post a Comment