Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

03/03/2012

Sanggupkah anda melihat keluarga anda begini?? Jangan membazir!!


Bagaimana jika anak kita atau adik kecil kita yang mencangkung makan mengutip sisa buangan sebegini??



Ya ALLAH, mereka KAU uji dengan kebuluran
Kami KAU uji dengan kekenyangan

Ketika kita tidak larat menghabiskan makanan yang berlebihan di rumah kita,
ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita membuang sisa makanan yang tidak habis dimakan ke dalam tong sampah, ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika anak kita tidak larat menghabiskan makanan yang kita masakkan untuknya,
ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika anak kita merungut-rungut kerana perut penuh kekenyangan dan tak mampu menghabiskan pizza, kfc, western food, burger, chicken chop dan macam2 lagi,
ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita mengadakan kenduri kahwin anak kita, gulai dan lauk pauk yang tak habis dimakan kita buangkan ke longkang dan sungai, ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita boleh memilih apa yang hendak dimakan di kedai, di gerai, di restoran,
ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita mengadakan majlis keraian, rumah terbuka, doa selamat, hari jadi dan kita menjemput tetamu yang hadir makan dengan hidangan yang pelbagai,
ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita merungut marah kepada isteri mengapa hidangan hari ini tidak mengikut selera kita, ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita membiarkan lauk pauk basi tidak dimakan lantaran banyaknya makanan, ada manusia yang sedang kebuluran.

Ketika kita tidak berjimat membeli apa sahaja mengikut selera dan nafsu kita,
ada manusia yang sedang kebuluran

Ketika kita diberikan nikmat yang berganda dan melimpah ruah, adakah kita ingat dan bersyukur pada Allah yang mengurniakan nikmatnya kepada kita?

Ingatlah, di luar sana ada manusia yang mengutip sisa-sisa makanan yang pada pandangan kita ianya adalah sampah tetapi bagi mereka yang kebuluran, itulah rezeki yang disuap masuk ke mulut yang paling enak untuk dinikmati.

Ingatlah, sebelum Allah menarik balik rezekinya kepada kita.
Janganlah melawan Allah
Janganlah membazirkan nikmatnya!!


2 comments:

  1. subahanallah, itulah hakikat kita... Moga Allah swt memberi hidayahNya

    ReplyDelete
  2. semoga Allah melindungi kita dari melakukan pembaziran dan memberi kekuatan kpd mereka dalam mengharungi kepayahan hidup..tqz fr sharing this.subhanallah.

    ReplyDelete