Hukum Isteri Meleteri Suami ......
" Abang ni balik je kerja,tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah.Baca suratkhabar,menghadap TV,itu jelah yang awak tahu.Kita kan sama-sama bekerja bang.Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri,bukannya susah pun.Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni.Nak masak lagi.Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu,betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.Lebih-lebih lagi sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya.Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami.Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan,tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan,apabila ada dikalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain,nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga,sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.
Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit.Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.
Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas,perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.
Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.
Sebaliknya,isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah s.w.t
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "
Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin,manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada,yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya,apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.
Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah,ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar,jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Kepada para suami,kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.
Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s.a.w telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian,janganlah pula menyusahkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "
Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga,marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.
Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua...insya'Allah. .
SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.
TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata mestilah dihentikan,demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.
• Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
• Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
• Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
• Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
• Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
• Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
No comments:
Post a Comment