Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

10/03/2012

Nasihat untuk mereka yang cantik...


Pesanan Untuk Orang Yang Cantik....



Setiap orang adalah unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tertentu. Tiada ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum manakala selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi.

Kita tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Memang ALLAH SWT menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. DIA berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendakNYA. Kita memang tidak mempunyai pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu dan ini. Biar bagaimana pun keadaan kita, kita tetap unik dan tanpa kita alam ini tidak menarik.

Kita mungkin berasa rendah diri melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri tetapi anggaplah ianya sebagai satu kelebihan. Jika kita sangka kita buruk, ia satu kelebihan kerana ianya tidak ada pada orang yang cantik. Kecantikan tidak selalunya membawa keuntungan. Kadang-kadang kecantikan itu memusnahkan.

Orang cantik akan merasa fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan baginya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka???

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak kemungkaran untuk diberikan balasan setimpal di akhirat.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW : Wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal untuk memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu juga tidak terkecuali yang buruk kerana ia berterusan mempertikaikan kerja-kerja ALLAH.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat dll, semuanya itu hanyalah ukuran manusia. Hargai diri anda kerana kerana kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

No comments:

Post a Comment