Ikhtibar, wanita tidak pernah solat mati ketika
berdandan.
Temanku berkata kepadaku, "Ketika perang
teluk berlaku, aku masih berada di Mesir dan sebelum perang meletus, aku sudah
terbiasa menguburkan mayat di Kuwait yang aku ketahui dari masyarakat tempatan.
Salah seorang keluargaku menghubungiku meminta agar menguburkan ibu mereka yang
meninggal. Aku pergi ke perkuburan dan aku menunggu di tempat memandikan mayat.
Di sana aku melihat empat wanita berhijab
bergegas meninggalkan tempat memandikan mayat tersebut. Aku tidak bertanya
sebab kenapa mereka keluar dari tempat itu kerana memang bukan urusanku.
Beberapa minit kemudian wanita yang memandikan mayat keluar dan meminta agar
menolongnya memandikan mayat tersebut. Aku katakan kepadanya, 'Ini tidak boleh,
kerana tidak halal bagi seorang lelaki melihat aurat wanita.' Tetapi dia
mengemukakan alasannya bahawa jenazah wanita yang satu ini sangat besar.
Kemudian wanita itu kembali masuk dan
memandikan mayat tersebut. Setelah selesai dikafankan, dia memanggil kami agar
mayat tersebut diusung. Kerana jenazah ini terlalu berat, kami berjumlah
sebelas orang masuk ke dalam untuk mengangkatnya. Setelah sampai di lubang
kubur (kebiasaan penduduk Mesir membuat perkuburan seperti bilik lalu dengan
menggunakan tangga, mereka menurunkan mayat ke bilik tersebut dan meletakkannya
di dalamnya dengan tidak ditimbun).
Kami buka lubang, masuk dan kami turunkan dari
bahu kami. Namun tiba-tiba jenazahnya terlepas dan terjatuh ke dalam dan tidak
sempat kami sambut semula hingga aku mendengar dari gemeretak tulang-tulangnya
yang patah ketika jenazah itu jatuh. Aku melihat ke dalam ternyata kain
kafannya sedikit terbuka sehingga kelihatan auratnya. Aku melompat ke jenazah
dan menutup aurat tersebut.
Lalu dengan susah payah aku menyeretnya ke arah
kiblat dan aku buka kafan di bahagian mukanya. Aku melihat pemandangan yang
aneh. Matanya terbe-lalak dan berwarna hitam. Aku menjadi takut dan memanjat ke
atas dengan tidak menoleh ke belakang lagi.
Setelah sampai di apartmen, aku menghubungi
salah seorang anak perempuan jenazah. Dia bersumpah agar aku menceritakan apa
yang berlaku semasa memasukkan jenazah ke dalam kubur. Aku berusaha untuk
mengelak, namun dia terus mendesakku hingga akhirnya terpaksa memberitahu. Dia
berkata, "Ya Syeikh (panggilan yang sering diucapkan kepada seorang ustaz),
ketika anda melihat kami bergegas keluar kerana kami melihat wajah ibu kami
menghitam, kerana ibu kami tidak pernah sekalipun melaksanakan solat dan
meninggal dalam keadaan berdandan."
Kisah nyata ini menegaskan bahawa Allah SWT
menghendaki agar sebahagian hamba-Nya melihat bekas Su'ul khatimah hamba-Nya
yang derhaka agar menjadi pelajaran bagi yang masih hidup. Sesungguhnya yang
demikian itu merupakan pelajaran bagi orang-orang yang berakal.
No comments:
Post a Comment