Solat Sunat Tasbih
Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Al-Abbas:Wahai Pakcikku, sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu?
Kata Al-Abbas :Ya, aku suka ya Rasullulah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: Wahai Al-Abbas, sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satu rakaat surah Al-Fatihah, kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa illaha illallah, Wallahu akbar sebahyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali, kemudian Itidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud handaklah dibaca 10 kali sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Wahai Al-Abbas, andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij(Nama Tempat), nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.
Setelah mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata :
Ya Rasullulah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari, bagaimana?
Rasulullah berkata, Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah setiap seminggu sekali.
Al-Abbas bertanya lagi : Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari Jumaat?
Rasulullah menjawab : Wahai Al-Abbas, sekiranya kamu tidak dapat melakukannya pada setiap Seminggu sekali, maka lakukannya sebulan sekali.
Al-Abbas berkata lagi : kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali bagaimana?
Rasulullah berkata : Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya sebulan sekali, maka bolehlah kamu mengerjakannya setahun sekali.
->Kitab Bahrul Mazi Jilid 3<-

No comments:
Post a Comment