Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

31/03/2012

Jenis-jenis sihir dan cara mengubatinya



JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


Kisah antara Saidina Umar Al-Khattab dan pemuda Al-Wafi'


Umar dan pemuda yang menepati janjinya

Ketika Umar bin Khattab sedang duduk-duduk dengan para sahabat, tiba-tiba dia didatangi dua orang lelaki dengan seorang pemuda yang terikat kedua belah tangannya.

“Pemuda ini telah membunuh bapa kami wahai Amirul Mukminin,” kata kedua orang itu.

“Saya harap kamu mahu mendengar cerita saya dulu wahai Amirul Mukminin,” pemuda yang terikat tangannya berkata memohon ihsan.

“Cerita kamu? Huh, Yang penting, kamu telah membunuh bapa kami. Kamu harus bersyukur kami tidak membalas dendam, sebaliknya membawa kamu ke Khalifah Umar,” ucap kedua pemuda tadi dengan marah.

“Adalah lebih baik untuk kamu berdua diam terlebih dahulu. Aku hendak mendengar cerita tentang bagaimana kejadian sebenarnya,” kata Umar.

Pemuda yang terikat tangannya itu segera bercerita. “Pada suatu hari, saya menaiki unta untuk pergi ke satu tempat. Oleh kerana terlalu letih, saya tertidur. Apabila bangun, saya mendapati unta saya telah hilang, lalu saya segera mencarinya. Saya mendapati unta itu sedang makan tanaman di sebuah kebun, lalu saya cuba menghalaunya, tetapi unta itu enggan dan menderum,” dia berhenti seketika.

“Tidak lama kemudian, datanglah seseorang dan terus melempar batu kearah unta saya. Oleh kerana lemparan itu tepat kearah kepalanya, unta saya mati. Saya menjadi marah lalu mengambil batu dan melempar semula kearah orang itu. Dengan tidak disangka, batu itu mengenai kepalanya dan dia juga jatuh tersungkur lalu mati. Sebenarnya, saya tidak berniat langsung untuk membunuhnya.” Pemuda itu berhenti bercerita dan wajahnya mengharapkan ihsan daripada Umar.

Setelah Umar mendengar cerita pemuda tadi, ia berkata, “Kalau begitu hukumannya adalah kamu dibunuh sebagai balasan (qisas).”

“Saya tidak menolak hukuman itu, tapi saya mempunyai adik dan ayah saya telah meninggal dunia. Sebelum meninggal, dia ada meninggalkan harta dan saya menyimpannya di tempat yang tidak diketahui oleh adik saya,” kata pemuda itu.

“Jadi, apa yang kamu mahu?” sergah Umar.

“Saya minta tiga hari untuk pulang ke kampung dan memberikan harta itu kepada adik saya,” jawab si pemuda.

“Siapakah yang akan menjadi penjaminmu?” tanya Umar lagi.

“Dia ini penjamin saya,” kata pemuda itu sambil menunjuk ke Abu Dzar Al-Ghiffary yang ada bersama Umar ketika itu.
“Ya saya bersedia.” Serta merta Abu Dzar mengiyakan kata-kata pemuda itu.

Pada hari ketiganya, Umar, para sahabat dan dua lelaki itu menunggu pemuda tadi. Sehingga tengahari, pemuda itu belum lagi tiba dan dua lelaki tersebut mulai gelisah.

“Hari sudah siang tapi pemuda itu belum datang. Kalau tidak datang, Abu Dzar akan menjadi penggantinya untuk menerima hukuman bunuh,” kata salah seorang lelaki itu.

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu sampai. Ternyata dia begitu menepati janjinya biarpun dia tahu itu bermakna dia nyawanya akan melayang.

“Terima kasih wahai sahabat yang berani kerana setuju menjadi penjamin saya,” ucap pemuda itu kepada Abu Dzar. Dia tahu, jika dia tidak datang, nyawa Abu Dzar akan menjadi penggantinya kerana Abu Dzar adalah penjaminnya, biarpun mereka tidak kenal mengenali langsung.

Kedua lelaki itu merasa terharu akan kehadiran pemuda yang mengotakan janjinya itu.
“Kami mohon untuk menggugurkan tuntutan kami wahai Amirul Mukminin, dan kami maafkan pemuda al-wafi (penepat janji) ini,” mereka berkata serentak.

“Kamu sungguh berani wahai Abu Dzar, dan kamu adalah al-wafi wahai pemuda. Dan kamu berdua adalah sangat mulia. Bersalam-salamlah kalian dan kuatkan ukhuwah di antara kalian,” kata Umar yang gembira melihat peristiwa itu berlangsung dalam keadaan baik.


Kenduri kahwin yang sederhana buat puteri Rasullullah S.A.W.




Kisah walimatulurus yang Sederhana untuk puteri Rasullullah S.A.W.


Ketika Nabi Muhammad menikahkan Fatimah dengan Ali bin Abi Talib, beliau mengundang Abu Bakar, Umar, dan Usamah untuk membawakan “persiapan” Fatimah. Mereka bertanya-tanya tentang persiapan yang dikatakan oleh Rasulullah untuk puteri kesayangannya itu. Kemudian, mereka mendapati bahawa persiapan tersebut hanyalah alat penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

Apabila Abu Bakar mengetahui hal itu, dia menangis.“Wahai Rasulullah, apakah ini sahaja persiapan untuk Fatimah?” soalnya.

Nabi Muhammad pun menenangkannya lalu menjawab dengan lembut. “Wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia.”

Fatimah yang menjadi pengantin pada hari itu, kemudian keluar daripada rumahnya dengan memakai pakaian yang cukup bagus, tetapi dengan 12 kesan tampalan pada pakaiannya.Tiada langsung solekan, apatah lagi perhiasan yang mahal.

Setelah Fatimah dan Ali dinikahkan, Fatimah senantiasa menggiling gandum dengan tangannya, membaca Al-Quran dengan lidahnya, menafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis dengan matanya.

Bagi Rasulullah, membuat majlis yang besar untuk pernikahan puterinya bukanlah satu masalah. Namun bagina, sebagai seorang yang menjadi model bagi umat manusia, “kemegahan” akan majlis pernikahan puterinya bukan ditunjukkan melalui sesuatu yang bersifat duniawi. Rasullullah cuma menunjukkan bahawa kemegahan melalui kesederhanaan dan sifat qanaah itu adalah kekayaan hakiki.

Rasululllah bersabda, “Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman, yang tercermin dalam sifat qanaah”.

Iman, kesederhanaan, dan qanaah adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan. Seseorang beriman, terserlah dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu terhasil dari sifatnya yang qanaah. Qanaah adalah sebuah sikap yang menerima ketentuan Allah dengan sabar; dan menarik diri dari kecintaan pada dunia.

Rasulullah bersabda, “Qanaah adalah harta yang tak akan hilang dan satu simpanan yang tak akan lenyap.”

Adab-adab bersetubuh dengan isteri menurut pandangan syarak


ADAB-ADAB JIMAK DALAM ISLAM

Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Jimak

1. Bertaubat Dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin.

Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan solat sunat taubat atau beristighfar kepadaNYA.

Diharapkan pertemuan buat kali pertama, ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya : "Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah."

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

3. Solat Sunat Di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya solat sunat dua rakaat.

Selesai solat sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ya Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.

Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

4. Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.

5. Meletak Tangan Kanan Di Atas Ubun-Ubun Isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.

Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa

Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai.

Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

- Sedang sakit yang memudaratkan
- Keletihan
- Kesedihan
- Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.

Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.

- Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.

Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya BERTELANJANG BOGEL di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa MALU.

Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.

Jimak di bawah selimut atau cadar adalah adab ranjang dalam Islam.

Dalilnya: Hadith Riwayat At-Tarmizi,

"Apabila salah seorang dari kamu mendatangi ahlinya, janganlah ia bertelanjang sebagaimana bertelanjangnya dua ekor himar."

Adapun kalimah 'janganlah" itu terjadi perselisihan di kalangan fuqaha', apakah ia bermaksud haram atau makruh.

Jumhur bependapat makruh sahaja. (Nasih Ulwan, Ta'addud alZaujaat)

Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepalanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.

Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.

Beginilah tegasnya Al Khatab.

- Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.

Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.

Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya.

Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata :

“Ini lawan itu”

Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.

Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki.

Di dalam dua hadith sahih Bukhari dan Muslim, hadith yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud : “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.

Dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.

Kemudian menyebut :


باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan.



Doanya seperti berikut;

بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Maksudnya: "Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh ash-Shaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“

Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah :

“Dengan nama Allah. Ya Allah! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”

Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.”

Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.

Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir.

Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.

Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.

Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadith tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah

(hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).

Tuhanmu Maha Berkuasa”

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula.

Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan.

Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.

Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang.

Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut.

Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

- Memberi penghargaan -

Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah SWT kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin.

Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan.

Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

- Bersederhana -

Hubungan kelamin/jimak yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jimak.

Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

- Tidak menyebarkan rahsia -

Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,

"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A. Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2. Mandi dan memakai wangi-wangian.

"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan". (Hadith Riwayat Tirmizi)

3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).

4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah akan cerdik (berakal).

Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.

7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakkan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8. Sunat membaca Bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.

9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud

“Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

B. Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1. Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2. Makruh jima' di bawah matahari atau bulan mengambang.

3. Makruh jima' selepas solat zohor hingga ke petang.

4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.

5. Makruh jima' jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.

Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara' yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan) ulama.

Ada juga ulama' berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

C. Perkara yang haram dalam persetubuhan

1. Haram jima' ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran", oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 222)

Dari Masruuq b.Ajda'i berkata: "Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid."

'Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
(Riwayat Bukhari)

2. Haram jima' melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri. "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya." (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.)

3. Haram jima' membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4. Haram jima' dalam masjid / surau.

5. Haram jima' sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6. Haram jima' sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7. Haram jima' di tempat terbuka (tempat awam).

Tambahan

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur.

Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling.

Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai".
(Surah Al Baqarah - ayat 223)

Berjimak Menjadi Ibadat

Bersetubuh/berjima' dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab: "Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa?

Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala."
(Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima' , hendaklah dibasuh dahulu zakar.

Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud,

"Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu."

(Hadits Riwayat Baihaqi)

~ SeLaMaT BeRiBaDaH ~ :))

والله أعلم


30/03/2012

Teruskan menasihati @ berdakwah sekalipun anda seorang pendosa!!


Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:
 “Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

P/S: Nobody Perfect!!


29/03/2012

Televisyen adalah alat pengawal minda seperti watak Yuri (Red Alert)



TV adalah alat mengawal minda = Yuri Mind Control

~ Alat Dajjal Kuasai Minda Kita ~

Hampir setiap rumah ada TV.

Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV.

Sebenarnya ia banyak keburukan dari baik, seumpama keris dicipta bukan untuk memotong bawang.

Disini sedikit kupasan tentang tv:

1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat.

Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia.

2. TV akan memendekkan umur anda.

Anda leka menonton, setiap hari berapa jam yang kita bazirkan untuk menghadapnya. sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yang membaca surah panjang ketika Maghrib dan Isyak.

Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Allah Yang Maha Esa.

3. TV adalah Dajjal.

Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi. Dia bercakap dengan sesiapa yang menontonnya. Macam-macam (tipu daya) ada.

Bukankah filem itu adalah cerita rekaan semata-mata. Dalam bahasa mudah ia adalah tipuan.

Pelakon menipu penonton dengan melakonkan pelbagai watak yang direka mengikut olahan skrip yang direka-reka

4. TV adalah agen sihir Dajjal yg sangat halus.

Walaupun dia menipu dengan filem, berita, drama, iklan dll, manusia tetap percaya dgn kata-katanya.

Kalau dibongkarkan bahawa tv adalah agen sihir dajjal, nescaya ramai yang tidak percaya kerana telah termakan sihir dajjal.

Kecuali orang yang istiqomah dengan Al-Quran dan masjid.

5. TV menyebabkan ramai manusia meninggalkan masjid.

Ramai yang tak kisah dengan masjid, tidak datang solat jemaah 5 waktu disebabkan sibuk menonton TV.

Bila penat tonton tv. Bila azan, baru nak rehat. Jawabnya tak gi masjid la.

6. TV menyibukkan hidup manusia.

Kadang-kadang kanak-kanak rasa marah dengan ayah yang ajak solat time cerita kegemaran nak bermula.

7. TV sebenarnya alat mind control ala YURI (game red alert).

Sesiapa yang lihatnya pasti akan berpaling dari ulama. Kalau tak banyak, sikit pun kira berjaya lah dajjal yahudi yang control media TV.

8. ASTRO yang kita langgan adalah anak syarikat LION Club (saham terbesar Yahudi).

Hasil keuntungan akan disalur untuk bunuh orang Islam di Palestin bagi merampas Baitul Maqdis.

Bila para ustaz larang langgan astro, mereka pun mulakan channel OASIS supaya orang masjid turut langgan.

Janji dapat duit, untung banyak, hantar ke tebing GAZA. Akhirnya semakin ramai yang langgan astro dan tak de duit nak korban di hari Aidil Adha (raya korban).

9. Watak pokemon dan alien watak ganas dalam tv adalah wajah jin yang di import ke kaca TV.

Kita akan marah jika anak kita buka channel yang tengah tayang kuil hindu dengan patung vishnu. (Vishnu sebenarnya adalah jin).

Yang sebenarnya akan melemahkan kerohanian siapa yang melihatnya, bahkan akan timbul kasih pula terhadapnya.

Akhirnya minda anak akan diset jadi ganas, lucu dan kelakar bila besar kelak hasil asuhan tom n jerry, popeye, spongebob squarepants dan lain2

Ada pakcik yang potong wayar TV bila anak-anaknya malas ulangkaji pelajaran.

Akhir kata, hidup kita akan rasa lebih panjang, masa akan terasa banyak tanpa TV.

Hari yang panjang adalah hari tanpa tv.

Malangnya bila takde tv, nafsu ammarah kita akan cari alat lain pula iaitu HANDSET.

Wallahu A'lam.

Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.


Kredit untuk : Jom Islam