Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

07/02/2012

Kelebihan sujud dalam solat



Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Pengubatan Melalui Al-Quran”.
Kajian pengubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya bersesuaian apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara cara-cara yang digunakan adalah berpuasa, mengunakan madu, biji hitam (blackseed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu cukup lama, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu sedang sujud ketika mengerjakan Solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa saat saja. Yakni, darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar Solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Columbia University State pernah melakukan penelitian tentang otak. Ternyata, di otak terdapat sebuah bahagian yang tidak dialiri darah. Tapi, bahagian tersebut dapat dialiri darah bila kita melakukan gerakan khusus seperti sujud yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu.
Walaupun tidak menyebutkan secara jelas tentang waktu-waktu tersebut, tapi waktu-waktu tersebut berada sekitar Solat Lima Waktu yang kita (Umat Islam) lakukan setiap hari. Kesan dari dialiri-nya bahagian dari otak tersebut adalah dapat menjadikan otak bekerja secara maksima. Sehingga, kemampuan otak dalam bekerja (seperti, menghitung, menghafal, belajardan lain-lain) boleh lebih baik dan tentunya menambah kecerdasan otak kita.
Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan Solat, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Dengan demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganut agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak Solat, apalagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan keseimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Terbukti kembali jika kitalah sebenarnya yang memiliki dasar darah yang baik, berbanding pemeluk agama lain. (Baca: Thibbun Nabawi)
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan-segan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah salah dengan kehendak mereka.
Inilah adalah menggambarkan ketidakmampuan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dari itu tidak hairan timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masa kini. Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama mengambil hikmah dari kisah di atas.
Sumber : tulahan.blogspot.com


No comments:

Post a Comment