Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

29/02/2012

Contohi Rasullullah S.A.W. - tutuplah aib saudaramu...


Tutup Aib Saudaramu.


Seorang sahabat telah menjemput Rasullullah S.A.W. dan para sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika mereka sedang menikmati hidangan, seorang daripada mereka telah membuang angin (kentut). Para sahabat Cuma berpandangan sesame mereka manakala wajah Rasullullah S.A.W. juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu. Apabila masuk waktu solat maghrib, Rasullullah S.A.W. bersabda : ‘’Sesiapa yang telah memakan daging unta, sila berwudhuk.’’ Hal ini jelas menunjukkan bahawa Rasullullah S.A.W. telah melindungi seseorang daripada menanggung malu atas perbuatannya.

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda, ‘’Seorang hamba yang menutup aib orang lain didunia, kelak Allah S.W.T.akan menutup aibnya diakhirat’’. (Riwayat Muslim)

Jika kita mendapati saudara kita melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina, mengumpat, tidak solat dan lain-lain, JANGAN SEBARKANNYA. Namun kita masih lagi bertanggungjawab menegah yang mungkar dan menunjukkan yang makruf.

Imam as-Syafie berkata : ‘’ Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya, sedangkan yang menasihatin tanpa menjaga rahsianya, bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya’’. (Syarah Sahih Muslim).



No comments:

Post a Comment