Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

26/02/2012

Kelebihan menuntut Ilmu




~Menuntut ilmu adalah satu jihad.

Muadz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud;

Belajarlah ilmu kerana natihjahnya membawa takut kepada Allah.

Menuntut ilmu adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, dan berusaha mencarinya adalah jihad.

Mempelajarinya adalah sadaqah.

Perbelanjaan untuk menuntut ilmu membawa taqarrub kepada Allah kerana ilmu adalah batu-batu tanda kepada halal dan haram. Ianya umpama menara rumah api yang menyuluh jalan ke arah syurga.

Ilmu adalah teman ketika kesunyian, kawan di perantauan, pembicara pada masa kesepian, petunjuk pada waktu kesusahan dan kesenangan.

Ianya senjata menentang musuh, dan hiasan di hadapan kawan. Dengannya Allah mengangkat darjat sesuatu kaum hingga menjadikan mereka penganjur dan pemimpin pada masa kesejahteraan, teladan mereka dipungut, amalan mereka dicontohi, pendapat mereka adalah kata putus.

Setiap yang kering dan basah hinggakan ikan-ikan di lautan memohon keampunan untuk mereka yang belajar. Berbahagialah golongan yang menerimanya, dan celakalah golongan yang menolaknya...’~


No comments:

Post a Comment