Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

22/02/2012

Kelebihan berjemaah dalam solat


Kelebihan Solat Berjama'ah


Hukum solat berjama'ah:
Mazhab Syafie: Wajib Fardu Kifayah.
Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain.
Mazhab Hanafi dan Maliki: Sunat mu'akkad.

Nabi saw. bersabda, "Solat berjama'ah itu lebih afdhal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat". (HR Bukhari dan Muslim)



Nabi saw. bersabda, "Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan solat berjama'ah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad).

 

Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjama'ah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjama'ah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang solat Isya' secara berjama'ah maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjama'ah maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang solat Subuh berjama'ah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah Ta'ala" (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa mendirikan solat selama 40 hari dengan berjama'ah dan bertakbiratul ihram bersama imam maka dia akan mendapat dua jaminan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq (munafiq)" (HR. Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w bersabda," Apabila imam membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kamu hendaklah membaca اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)



Rasulullah s.a.w bersabda,"Apabila imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat nescaya akan diampunkan oleh Allah segala dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment