“Daripada Ibn ‘Abbas r.a. katanya: Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Apa yang Allah kehendaki dan apa yang engkau kehendaki (wahai Rasulullah). Jawab Nabi s.a.w.: Apakah engkau hendak menjadikan aku sekutu bersama dengan Allah?, Jangan, bahkan (sebenarnya katakanlah): Apa yang hanya dikehendaki oleh Allah.” (H.R. al-Tabrani, al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Pengajaran Hadith:
Menggandingkan kehendak Allah dan kehendak makhluk adalah suatu perkataan syirik. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila baginda s.a.w. membantah perkataan lelaki tersebut yang menggandingkan kehendak Allah dengan kehendak baginda s.a.w. Ungkapan seperti ini termasuk di dalam syirikh perkataan yang dilarang di dalam agama.
Termasuk di dalam kategori ungkapan-ungkapan syirik ini ialah:
1. Perkataan seseorang kepada kawannya: “Aku hanya ada Allah dan engkau sahaja.”
2. “Aku berserah diri kepada ALlah dan engkau sahaja.”
3. “Dengan nama Allah dan tanah air”
4. “Dengan nama Allah dan bangsa.”
Ungkapan-ungkapan ini dan yang seumpama dengannya adalah termasuk di dalam ungkapan-ungkapan syirikh yang wajib dijauhi. Orang yang pernah mengungkapkan perkataan ini perlu bertaubat kepada Allah dari kesalahannya itu. Menjauhi ungkapan-ungkapan seperti ini termasuk memelihara adab bersama Allah s.w.t.
Walahu a’lam.
No comments:
Post a Comment