Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

04/02/2012

Bila diri tiada Iman...


Bila dirimu tiada Iman, (umpama senipis kertas)

* Perkara terakhir engkau pelajari tentang Islam dan Quran adalah daripada berita CNN.

* semua topik perbualan anda dan rakan2 adalah berkisar tentang balak/awek, atau filem atau artis.

* engkau lebih banyak menghabiskan masa di kelab2 malam daripada di masjid semasa bulan Ramadhan.

* engkau tak ingat pun bilakah kali terakhir engkau tanya sesiapa jika engkau tidak faham sesuatu perkara tentang Islam.

* engkau mempunyai masa untuk menonton 3 filem setiap minggu tapi tak mempunyai masa untuk solat pun.

* Quran engkau sudah berhabuk atas almari.

* apabila engkau bersendirian dalam keadaan sunyi, suara hati engkau hanya menyanyikan lagu2 tangkap cintan.

* engkau mula berasa segan untuk memberi salam "Assalamualaikum" (takut nampak skema)

* jarang sekali terpikir bahawa Allah sentiasa memerhatikan engkau.

* engkau tau yang mana baik yang mana salah, tapi engkau boleh buat sesuka hati engkau walaupun ada rasa bersalah.

* engkau mula putus harapan untuk mengimpikan syurga kerana engkau rasakan engkau tidak layak selepas merasakan itu saja takat kemampuan engkau.

* engkau tidak tahu kenapa engkau tidak pernah merasakan kebahagiaan yang sebenar dalam hati engkau dan engkau tertanya2 kenapakah nasib baik engkau tidak berpanjangan (lupa tentang hakikat takdir ketentuan)

* hari yang paling menggembirakan dalam hidup engkau setakat ini hanyalah masa Valentine's day atau semasa engkau berdating bersama awek/balak.

* engkau tidak teringatkan Nabi Muhammad s.a.w walaupun sekurang-kurang nya sekali sehari.

* apabila engkau mendengarkan seorang Muslim mengalami kesusahan, engkau merasakan bahawa engkau tiada kaitan dengan mereka (orang Islam kan bersaudara?)

* 'kawan rapat' engkau adalah daripada jantina yang berlainan walaupun belum mempunyai sebarang ikatan pernikahan.

* engkau tidak bersemangat/berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik.

* engkau merasakan bahawa engkau memang dilahirkan untuk jadi jahat.

* apabila membaca/mendengar ayat2 Quran terjemahan (bahasa yang anda paham), engkau tak rasa apa2 (tak terasa pedas/tersentuh).

* engkau berasa bangga dan menjadi lebih gedik apabila ada balak/awek men'usha' atau ajak engkau keluar

* rakan2 engkau tak pernah tegur perbuatan buruk engkau dan engkau pun tidak pernah menegur perbuatan buruk rakan engkau (sebab dah lali)

* engkau tidak kisah jika engkau masuk neraka

* engkau memisahkan kehidupan engkau daripada Islam. Islam dan hidup engkau adalah dua perkara yang berbeza. contoh: engkau cuma ikut ajaran Islam utk sesuatu perkara tertentu seperti bab makan halal haram..tapi bab bersentuhan dengan lelaki/perempuan engkau tidak kesah pun halal/haram.

* engkau terima bulat-bulat segala pendapat ahli-ahli falsafah barat lebih daripada Quran/ulama' sendiri.

* engkau sentiasa berasa tidak tenang

* engkau mersakan bahawa 'dosa' sudah sebati dengan diri engkau..jadi tak perlu susah-susah untuk bertaubat.

* engkau bercita2 ingin mengelilingi dunia tapi engkau tidak pernah langsung terfikir untuk menunaikan haji di Mekah.

* engkau tidak pernah menangis kerana Allah.

Semoga bermuhasabah diri...
belum terlambat untuk melangkah kepada Allah



No comments:

Post a Comment