Rahsia untuk mendapatkan awek atau pakwe yang terbaik
Apakah rahsia untuk mendapatkan pasangan (awek atau pakwe) yang baik? Jawapannya ialah, anda mestilah terlebih dahulu menjadi orang yang baik!!
Untuk memiliki pasangan, pertama sekali anda perlulah memperbaiki diri supaya dapat pasangan yang terbaik. Memang tiada manusia biasa yang sempurna namun untguk mendapatkan pasangan, semua manusia mahukan yang terbaik.
Jika anda mempunyai banyak kekurangan, bagaimana anda mahukan pasangan anda mempunyai banyak kelebihan?
Untuk menjadi manusia yang baik, perlukan mental yang baik. Di sini kami kongsikan dengan anda rahsia untuk mempunyai mental yang baik supaya anda lebih tenang dan penuh keyakinan diri.
1.Luahkan atau kongsikan masalah anda dengan orang lain.
2.Luaskan pergaulan, banyakkan berkomunikasi dengan orang lain.
3.Bertemu semula dengan kawan-kawan lama.
4.Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab.
5.Banyakkan membaca. Penuhi waktu anda dengan sebaik mungkin.
6.Berkongsi hobi atau kegemaran anda dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan rakan-rakan.
7.Jaga kesihatan diri dengan memakan makanan-makanan berkhasiat.
8.Bersenamlah selalu. Amalkan gaya hidup yang sihat.
9.Makan makanan yang seimbang dan minum air masak mencukupi.
10.Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan.
11.Bersiar-siar, menonton wayang dan makan diluar sekali sekala.
12.Pastikan diri anda sentiasa ceria dan gembira.
13.Berbincang mengenai permasalahan keluarga dan isu-isu semasa dengan bijaksana.
14.Bersikap realistik tentang perubahan dan cabaran dalam pelbagai aspek.
15.Sentiasa bersikap positif.
No comments:
Post a Comment