Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

13/01/2012

Berkat bersedekah kepada kucing.....


Sedekah bukan sahaja berbentuk wang harta benda, bukan sahaja kepada manusia sahaja malah, sedekah boleh dalam pelbagai bentuk dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar makhluk Allah..erm...dgn kucing pun kita boleh bagi sedekah...

Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari, anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia mencari pelbagai ubat mahupun penawar tetapi masih juga tidak sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain yang amat menyayangi anaknya itu.

Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat...

Firman Allah,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat",

al-Baqarah, ayat 45

Rasulullah bersabda,
"Ubatlah orang sakit di antara kalian dengan bersedekah"
Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau harus bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga, Allah mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia segera pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberi daging itu pada kucing yang lapar tadi.


Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita "ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun, secara tiba-tiba datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu terbang lari."

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokannya dengan izin Allah, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.

No comments:

Post a Comment