Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut.
Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
“Prangggggg!!!” Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, “Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak.”
“Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia,” kata doktor tersebut dengan sinis.”
Perkongsian ilmu dunia & akhirat secara maya, sekiranya anda suka sebarang artikel dalam blog ni, dipersilakan share/kongsi, tidak ada istilah kedekut ilmu. tak perlu minta izin, semoga bermanfaat untuk kita semua.
Quote by Imam Muhammad Al-Baqir
Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib
No comments:
Post a Comment