Cerita Sebenar : Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid
An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat
Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad
Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah
tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap
bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2
masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah
jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap
kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri
jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh
merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w
maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah
Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah
jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..
Cerita Palsu : Ini adalah sebuah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:
Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW– kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!
Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.
bagus blog nie....mcm nielaa pemuda2 Islam yg hebat..menyambung kerja dakwah nabi....keep it up bro..semoga kita sama2 berada di dlm syurga Allah Insyaallah..
ReplyDeleteTerima kasih bagi tahu
ReplyDelete