Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

28/12/2013

Kisah Seorang Pemandu Lori yang sering meninggalkan Solat Zohor



Kali ini saya ingin menceritakan kisah seorang pemandu lori yang sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5.

Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan.. kerana jika lambat akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.. dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi.. kalau dia solat lagi lah dia lambat.. Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan bolehkah dia buat begitu..

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu.. takkanlah solat sekejap pun tak boleh.. disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit cadangan.. waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat.. tapi awak solat benda yang wajib je.. yang sunat awak tak payah buat.. wirid lepas solat tak payah buat.. tapi jangan solat dalam keadaan gopoh.. cuba buat dulu...

Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya.. beliau mengambil masa dalam 4-5 minit untuk solat.. hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat zohor... langsung tak de jem.. lancar je perjalanan beliau... subhanallah.. inilah kuasa Allah..

Kejadian ini saya rasa selalu berlaku di dalam persekitaran kita.. kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat..

Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa bahawa Allah lah yang menciptakan masa.. tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya..

Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2 petang.. pukul 1 kita dah sampai coffee house.. tak nak terlambat sebab takut hilang projek... solat zohor lebur.. habis waktu asar baru buat..

Contoh , Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak pakaian extra letak saja dalam kereta. Kenapa perlu beralasan dengan Allah.

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat.. langsung kita tak jaga sebab apa ? sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya.. Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita.. layakkah kita dengan syurga Allah yang tiada tandingannya itu ??


Renungan untuk diriku dan sahabat sahabat budiman semua..

23/12/2013

Miskin Bermaruah!!

Nama beliau Hateem (tak pasti sangat spellingnya) dan saya temui beliau di Chadni Chowk di Delhi. Kerjanya seorang penarik beca sahaja. Ada anak 4 orang dan tinggal di sebuah bilik sewa yang digambarkan olehnya SEBESAR 2 buah beca.

Saya suka melihat ke bawah untuk buat diri rasa bersyukur. Dalam masa yang sama, tak lupa perhati di atas supaya kita tak rasa macam hebat sangat macam tak ada orang lain lebih hebat dari kita.

Saya berbual dengan Hateem hanya lebih kurang 5-10 minit sahaja. Sambil saya belikan sebotol air Pepsi untuk beliau. Satu yang saya belajar dari beliau ialah bagaimana beliau sangat positif dalam hidupnya. Lelaki ini sentiasa senyum dan Bahasa Inggerisnya mampu difahami sedikit sebanyak.

Menariknya, anak sulong Hateem sedang dalam pengajian di universiti dalam bidang kejuruteraan. Katanya, bilik sewanya tidak bertingkap dan anak-anaknya belajar di ruang bumbung yang menjadi tempat menyidai pakaian. Lagi terpukul, beliau mahu anaknya di universiti itu keluar dan tidak bekerja dengan kerajaan ataupun dengan swasta tetapi menjadi ikon dan guru kepada kanak-kanak gelandangan di sekitar Chadni Chowk. Lalu saya tanyakan, bagaimana dengan kontrak biaya pengajian? Jika di Malaysia, pasti ada kontrak pembiayaan yang mewajibkan graduan bekerja dengan penaja mereka.

Jawapan beliau membuat saya terpukul...beliau biayai pengajian anaknya sendiri. Beliau menabung dari anaknya kecil supaya anak-anaknya mampu untuk jadi graduan yang tidak terikat. Buktinya, anaknya yang baru 2 tahun di Universiti kini menjadi idola dan memberi inspirasi kepada rakan setinggan yang lain termasuk adik-adiknya. Selain itu, anaknya juga masih mengekalkan pointer tertinggi untuk setiap semester. Alasannya, malu jika tidak mampu membawa visi pengorbanan bapanya untuk setiap rupees yang dibelanjakan.

Tiada rumah besar, tiada tv besar, tiada TV satelit, tiada pakaian mahal dan tiada makanan mewah. Kebanyakannya dilabur kepada pendidikan. Padanya, pendidikan adalah jalan keluar kemiskinan. Beliau sendiri tidak berpeluang mendapat pendidikan dan beliau tidak mahu anaknya juga jadi begitu.

BINGGO!!

PENDIDIKAN JALAN KELUAR KEMISKINAN bukannya subsidi ataupun BR1M (mohon terasa). Perkara sama yang saya dan sahabat di RUmah Pengasih Warga Prihatin buat, pendidikan diutamakan. Memang mewah anak-anak dengan ilmu walaupun makan dan tempat tinggal hanya sekadarnya sahaja. 12 orang anak-anak kami di Universiti juga dah ikrar nak balik semula ke Prihatin untuk tabur jasa pada adik-adiknya pula dan membangunkan komuniti kecil itu.

Beliau seorang penarik beca dengan bayaran sekitar 10-20 rupees untuk setiap perjalanan. Dalam masa yang sama, beliau juga ringan tulang untuk bekerja sebagai pemunggah barang sementara menunggu pelanggan. Dapatlah sekitar 20-30 rupees setiap task. Di samping itu, beliau ikat kontrak pergi dan balik hantar budak sekolah oleh keluarga berpendapatan sederhana di sekitarnya. Bukan setakat ikat kontrak, beliau juga ikat perut dan makan tidak lain hanya dari bekal yang dibawa dari rumah.

Dalam beca beliau ada minuman sejuk untuk dijual (itu yang saya beli Pepsi dan beri beliau minum sekali). Bijak juga orang ini mencari ruang rezeki dan tidak membazirkan masa.

Satu prinsip yang saya pelajari dari beliau ialah "Hidup untuk cari penyelesaian bukan mencari alasan". Baik...saya dapat pelajaran yang saya kutip dari tepi jalan. Ya, pelajaran tidak semestinya datang dari mereka berstatus doktor atau professor. Ia boleh datang dari sekecil kanak-kanak gelandangan di tepi jalan. Adakah kita sudi nak buka mulut berbual dengan mereka?

Di sudut hati saya memikirkan, alangkah bertuahnya kita di Malaysia. Walaupun tidaklah maju sangat (walaupun PM selalu cakap negara di landasan yang betul untuk jadi negara maju), dan sebahagian pemimpin-pemimpinnya juga ada yang ala-ala "Inspektor Shahab" punya korup. Sedarlah rakanku, dunia di sebelah sana ada orang yang lebih teruk tetapi sentiasa memikirkan penyelesaian dan bukan alasan. Kalau kita tengok negara yang maju, mungkin kita rasa teraniaya tapi bila tengok negara yang lagi teruk...mesti akan buat kita rasa bersyukur.

Kita ni, PTPTN pun kalau boleh taknak bayar semula, bila kerja nanti pula lari-lari bayar cukai. Bila tak puas hati sahaja dengan pemerintah, dialah orang pertama yang memperjuangkan nasib pembayar cukai (dia sendiri pun tak bayar). Jika hari ini kita masih mampu bayar Astro Byond punya bil sampai RM150, bayar UNIFI sampai 150, sewa rumah kondo sampai beriban, bayar loan kereta sampai RM1000 dan boleh lagi hujung minggu sekali sekala pergi Sunway Lagoon, rasanya anda hilang layak nak mengeluh dan menuding jari pada orang lain. Fikirkan penyelesaian bukan siapa nak disalahkan.

Kalau cerita ini tidak membuatkan anda (orang yang mengeluh kesah dengan hidup) rasa malu, saya rasa anda tak ada kemaluan (kalau ada pun, mungkin tak boleh pakai).


Sekian.


25/11/2013

AMALKAN DOA NABI YUNUS A.S. KETIKA DALAM KESUSAHAN.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa :

Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan terputus dari harapan dari semua tempat baginda a.s berdoa dan mengatakan:

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.

Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.

Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : “Tahukah kamu suara siapa itu?”

Malaikat menjawab : “Tidak ya Allah”

Allah SWT memberitahu, “Itulah suara Yunus hamba-Ku.”

Malaikat mengatakan,”Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan.”

Allah menjawab : “Sudah tentu”


Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya.

Cinta selepas kawin - fantasi ke realiti??

Konsep cinta selepas kahwin yang dimomok-momokkan :

-Tunggu jodoh tu datang sendiri.
-Kenal seminggu dua terus kahwin, dengan impian yang berbunga-bunga dan angan-angan indah.
-Tidak siasat menyeluruh akan latar belakang dan kesihatan pasangan.
-Percaya kepada orang tengah (perantara) sepenuhnya.

Hasilnya :
-Yang ditunggu tak kunjung tiba.
-Menyesal dan rasa nak jadi single balik, tapi apa boleh buat. Redha dan teruskan hidup seadanya walau separuh hati.
-Menyesal dan rasa tertipu, tapi dia yang kau pilih.. Sekurang-kurangnya dapat juga kahwin, dari terus membujang.
-Tak semua orang tengah pandai selidik orang yang suka kita. Silap-silap, kita yang teraniaya sebab ada yang ambil kesempatan atas kelurusan kita.

####################

Setiap yang berlaku, dengan keizinan Allah.

Namun, kita diberi akal fikiran untuk membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk membina atau mengabaikan ikatan yang telah termeterai.

Berpijaklah pada realiti, usah hanyut dengan gambaran indah yang dipaparkan tentang 'cinta selepas kahwin'.

Tak ada orang yang nak expose hakikat pahit 'cinta selepas kahwin'. Semuanya cerita yang konon 'best-best' je.


Dah tau yang kita ni pincang, sebelah sana pun pincang, seeloknya terimalah seadanya jodoh tu. Masing-masing WAJIB berazam dan berusaha untuk bina 'Rumahku Syurgaku'.

Terpaksa kawin dengan perempuan cantik...

DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK



Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit.

Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairankan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

***

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasat latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.”

Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.

Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Sarimah. Hanya itu.

Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?”

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Entah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang.

Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?”

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya, makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”

“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

***

Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”

Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.

“Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Rudy.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankan aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Rudy memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukan berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.

***

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Rudy.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.

“Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Rudy memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula.

Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?”

Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Sarimah mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.”

“Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandang aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.

“Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk

Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'

***

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Sarimah sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat.

“Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang... jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.


“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah.

31/08/2013

Semakin bersedekah, semakin kaya!

BERSEDEKAH MENYEBABKAN KITA KAYA



Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Sedekah digandakan 700 kali ganda.

Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Keberkatan Dalam Rezeki.

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kaya Jiwa

Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul akan memberi seseorang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang


Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

25/08/2013

Belajar Al-Quran : Tanda2 waqaf...

Tanda-tanda waqaf



- Tanda mim ( مـ ) disebut juga dengan Waqaf Lazim. yaitu berhenti di akhir kalimat sempurna. Wakaf Lazim disebut juga Wakaf Taamm (sempurna) karena wakaf terjadi setelah kalimat sempurna dan tidak ada kaitan lagi dengan kalimat sesudahnya. Tanda mim ( م ), memiliki kemiripan dengan tanda tajwid iqlab, namun sangat jauh berbeda dengan fungsi dan maksudnya.

- tanda tho ( ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti.

- tanda jim ( ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih baik berhenti seketika di sini walaupun diperbolehkan juga untuk tidak berhenti.

- tanda zha ( ) bermaksud lebih baik tidak berhenti

- tanda sad ( ) disebut juga dengan Waqaf Murakhkhas, menunjukkan bahwa lebih baik untuk tidak berhenti namun diperbolehkan berhenti saat darurat tetapi tidak mengubah makna. Perbedaan antara hukum tanda zha dan sad adalah pada fungsinya, dalam kata lain lebih diperbolehkan berhenti pada waqaf sad

- tanda sad-lam-ya’ ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan dari “Al-wasl Awlaa” yang bermakna “wasal atau meneruskan bacaan adalah lebih baik”, maka dari itu meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik

- tanda qaf ( ) merupakan singkatan dari “Qeela alayhil waqf” yang bermakna “telah dinyatakan boleh berhenti pada wakaf sebelumnya”, maka dari itu lebih baik meneruskan bacaan walaupun boleh diwaqafkan.

- tanda sad-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan dari “Qad yoosalu” yang bermakna “kadang kala boleh diwasalkan”, maka dari itu lebih baik berhenti walau kadang kala boleh diwasalkan.

- tanda Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! yakni lebih diutamakan untuk berhenti. Tanda tersebut biasanya muncul pada kalimat yang biasanya pembaca akan meneruskannya tanpa berhenti.

- tanda sin ( س ) atau tanda Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil napas. Dengan kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil napas baru untuk meneruskan bacaan.

- tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) bermaksud sama seperti waqaf saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ), namun harus berhenti lebih lama tanpa mengambil napas

- tanda Laa ( ) bermaksud “Jangan berhenti!”. Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung maupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, maka tidak dibenarkan untuk berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.

- tanda kaf ( ) merupakan singkatan dari “Kathaalik” yang bermakna “serupa”. Dengan kata lain, makna dari waqaf ini serupa dengan waqaf yang sebelumnya muncul.

- tanda bertitik tiga ( … …) yang disebut sebagai Waqaf Muraqabah atau Waqaf Ta’anuq (Terikat). Waqaf ini akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membacanya adalah harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.


Beberapa tanda baca alquran diatas, wajib dipelajari oleh mereka para muslim, karena jika tanda baca salah maka untuk pengertian dari isi ayat atau bacaan alquran tersebut akan menjadi salah.

18/08/2013

Apakah kita masih tidak peduli??

Bila melihat keadaan di Mesir teringat seorang alim/guru saya yang telah meninggal dunia pernah menangis sepanjang malam berdekatan maqam Nabi saw dan berdoa ya Allah saudara kami dilanda musibah .Kami tidak buat apa-apa.



Wahai Nabi saw yang amat kucintai Kami malu dengan mu saudara kami dilanda kesusahan, kami tidak buat apa-apa.

Di zaman Nabi saw seorang Islam mati mereka dilanda kesedihan. Sehingga hampir mati masih beri air pada saudara islam yang lain. Ribuan orang mati di Mesir dan kami masih lena tidur dan makan sedap. Kami punya rumah besar, kereta besar, gaji besar, baju mahal tapi tidak buat apa-apa untuk bantu saudara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Tuhan kami yang berkuasa atas segala sesuatu. Cucuri rahmat yang melimpah ke atas Nabi yang kami cintai yang telah meninggalkan amanah ini.

selamatkanlah saudara kami yang beriman di Mesir. Kuatkan kaki mereka terhadap musuh
Ya Allah Tuhan kami, kami hambamu yang zalim, jahil, berdosa kerana tidak bangunkan Islam ini.

Ya Allah kasihanilah saudara kami di Mesir. Selamatkanlah semua pejuang agamaMu dan keluarga mereka. Peliharalah anak-anak mereka yang masih kecil. Wanita yang lemah dikalangan mereka. Orang Islam yang tua.

Ya Allah kami banyak buat dosa. Ya Allah kami menangis melihat saudara kami. Ya Allah berilah kemenangan, keselamatan, kejayaan buat pejuang agamaMu.

Ada juga orang masih tak faham kenapa kita mendoakan orang2 yang menderita di sana. Ada yang bagi alasan 'tiada kaitan'. Tapi bila diorang yang kena musibah, merayu2 minta tolong doakan.

Saudara seagama. Tak kisah jauh atau dekat. Bantulah mereka. Sekurang-kurangnya doa.

Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:


“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

07/08/2013

Perkara sedih yg tak berguna di hari raya.....

PERKARA-PERKARA SEDIH HARI RAYA (1 SYAWAL) DI MALAYSIA YANG TAK BERMANFAAT



1. Bersedih tak dapat balik kampung di hari raya padahal setiap bulan balik ke kampung. Bila cuti panjang, boleh pula bercuti melancong dengan kawan-kawan tak sedih pula tak bawa orang kampung bersama.

2. Bersedih tak dapat makan kuih raya. Tipu betul, banyak kot penjual kuih raya tak dapat habiskan stok kuih raya.

3. Bersedih tak dapat duit raya. Nak duit, kerjalah. Ambil upah jahit langsir ke apa ke. Orang Islam kena rajin kerja supaya kita dapat banyak sedekah bukan banyak minta sedekah.

4. Bersedih beraya di tempat kerja. Berhentilah kerja tu kalau kerja tu bukan ibadah yang diredhai Allah. Carilah tempat kerja yang boleh jadi ibadah yang diredhai Allah supaya beraya di tempat kerja pun masih tetap syukur dapat beribadah.

5. Bersedih tak ada baju raya. Makaihh.. selama ni kau pakai baju ke tak? Baju raya adalah baju yang terbaik di kalangan baju-baju yang kita ada. Kalau selama ini memang tak pakai baju, memang betullah tak ada baju raya.

6. Bersedih tak dapat berhari raya. Ya Allah.. semua orang dapat berhari raya, sebab hari raya jatuh pada 1 Syawal dan semua orang dapat hari 1 Syawal tu, kecuali orang yang meninggal dunia sebelum 1 Syawal dan orang yang tak pergi solat hari raya.

dan lain-lain lagi.

Kesedihan sebenar-benarnya apabila kita sedih tak dapat melaksanakan ibadah yang terbaik di bulan Ramadhan dan berasa takut kitalah yang diaminkan oleh Nabi s.a.w yang disebut dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Jibrail a.s telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut...."

Hadis Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Semoga Allah mengampuni atas dosa dan kelalaian kita. Semoga kita terus membaiki diri mulai saat ini hingga bertemu Ramadhan-ramadhan akan datang dan hingga nyawa kita diambil kembali oleh Allah. Ameen.


Banyakkanlah bertakbir di hari raya. Hari Raya ('id), hari untuk kita membesarkan Allah s.w.t dan bertawadhuk atas kesatuan ukhuwah islamiyah. Senyum dan ucapkanlah doa apabila bertemu saudara, "taqabbalaLlah minna wa minka" (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu). Itu ucapan sebenar hari raya.

Kesedihan berpisah dengan ramadhan...

Saya teringat semasa masih berada di alam persekolahan. Masa itu, saya suka menghabiskan banyak masa di sebuah masjid berdekatan rumah, terutamanya ketika pulang bercuti dari asrama.



Di masjid itu juga terdapat beberapa kenalan yang selalu beri'tikaf di sana.

Suatu waktu, saya dilanda perasaan kesedihan di penghujung salah satu dari bulan Ramadhan yang telah bertamu di dalam salah satu dari bilah-bilah tahun yang meniti usia persekolahan saya. Saya kesedihan kerana merasa telah gagal merebut masa-masa berharga sepanjang bulan Ramadhan itu.

Pada awalnya, saya telah berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun itu, titik tolak perubahan diri saya. Bila tersedar, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tak banyak saya dah buat dek kelekaan; juga rasanya, tak ada perubahan pun yang berlaku ke atas diri saya, maka saya berasa amat sedih.

Apa yang saya lebih bimbang adalah jika Ramadhan itu adalah yang terakhir untuk saya.

Rupa-rupanya kesedihan saya ini, dikesan oleh seorang rakan yang sama-sama sering beri'tikaf di masjid itu, cuma usianya lebih tua beberapa tahun dari saya.

Setelah beberapa kali dipujuk, saya akhirnya menceritakan kepadanya apa yang terperap di hati.

Rupa-rupanya, tidak sia-sia saya mengadu kepadanya. Walau pun hanya seorang penghantar surat di sebuah syarikat yang beroperasi di kawasan berdekatan, dia memberikan saya suatu jawapan yang sangat berharga.

"Dik," dia memulakan kata selepas saya habis berbicara.

Dia menyambung; "Sejujurnya, abang pernah alami apa yang adik lalui ini. Tetapi abang berfikir secara positif. Ramadhan sememangnya bulan yang amat istimewa. Jika kita terlepas untuk mendapatkan kebaikan di'dalam'nya, ambil kekuatan 'daripada'nya. Ramadhan ada kekuatan dan salah satunya adalah kenangannya. Simpan kenangan Ramadhan itu dan jadikan ia suatu keazaman. Mengadulah kepada tuan punya Ramadhan bahawa kita teramat sesal kerana telah membiarkan Ramadhan berlalu; bukan sahaja tanpa layanan yang baik, malah di'sapa' pun tidak. Buktikan kepadaNya betapa bersungguhnya sesalan kita itu dengan mengubah diri kita menjadi hamba yang soleh untuk sebelas bulan yang akan datang. Mohon bersungguh dari Tuan Punya Ramadhan untuk diizin bertemu Ramadhan yang akan datang. Katakan kepada Tuan Punya Ramadhan itu bahawa kita akan benar-benar memesrai Ramadhan, andai direstu pertemuan yang akan datang. Berdoalah dan terus berdoa..."

Begitulah, si penghantar surat ini; dengan agak panjang dan dengan bahasa yang tidak tersusun sebenarnya; namun diungkapkanya dari telaga hatinya dan dengan ber'gayung'kan pengalaman.

Saya kongsikan kenangan ini, di penghujung gerabak Ramadhan tahun ini; buat mereka yang mungkin perlu merawat hati di saat-saat perpisahan ini.


Saat-saat di mana, Ramadhan sedang melambai-lambai pergi, meninggalkan kita...

KISAH PALING SERAM DI BULAN RAMADHAN

KISAH PALING SERAM DI BULAN RAMADHAN



Begini kisahnya..

Petang tadi aku balik kerja redah hujan lebat. Guruh berdentum dentam. Tapi kereta tak banyak pula di jalan. Tak sangka pula semua orang dah siap balik raya agaknya. Tinggal aku sajalah kena kerja esok.

Sampai rumah pun lorong sunyi sepi. Selalu itu ada juga anak jiran ramai-ramai main mercun. Hujan agaknya. Baru keluar kereta nak buka pintu pagar, nampak Mael jiran sebelah siap baju melayu kain pelekat nak ke masjid. Berhenti depan rumah aku, dia kata, "Lekas weh, takut tak sempat!".

Aku sengih je. Apa bendalah Mael ni, tak pernah-pernah dia kejar makanan berbuka masjid. Tak kanlah ada makanan special pula.

Lepas masuk rumah, aku buka facebook kejap. Semua orang pun tulis status yang sama, "Takut tak sempat, takut tak sempat". Ini viral terbaru ke? Teringat pula dengan Mael tadi. Tersengih simpul aku. Mesti ada benda kelakar ni fikir aku.

Siap masak megi dengan buat milo panas, aku tunggu azan maghrib. Rasanya lagi 20 minit sebelum azan. Aku rasa tadi sunyi sepi, tapi tiba-tiba dengar banyak suara orang menangis merintih. Siapalah pasang tv kuat sangat. Yang peliknya bergema rumah aku. Aku rasa suara jiran belah kanan. Dengar suara menangis rintih-rintih sebut "Allah, ampun kami, ampun kami". Jiran belah kiri pun dok merintih juga. Aku keluar rumah pula, anak jiran merintih atas motor sambil pegang kurma.

Aku datang dekat, "Ini kenapa rintih-rintih pegang kurma ni?" tanya aku. Anak jiran terus menangis. Aku tengok jam, lagi 2 minit nak azan. Aku masuk rumah balik duduk depan megi. Tertanya-tanya juga aku akan semua ni. Tiba-tiba dah mula rasa seram. Berdiri juga bulu roma.

Scroll facebook nampak tak ada orang update status sejak status akhir aku tengok tadi. Scroll lagi ke bawah, internet pula hang. Aku taip kat google "Viral tak sempat ampun kami ya Allah". Google dok loading. Internet pula slow. Aku pun dengar azan. Baca doa, terus berbuka. Tengah sedap hirup kuah megi, aku dengar azan maghrib bunyi macam lain pula. Sayu-sayu, dan suara macam bilal baru habis menangis.

Aku pun cepat-cepat nak ke masjid, tengok lorong sunyi sepi semula. Sampai masjid tu dia, parking penuh. Masjid pun melimpah ruah dengan manusia. Hampir semua orang lorong aku, lorong sebelah, semua lorong taman datang masjid. Aku masbuk kat tepi longkang. Selesai solat, aku cari Mael, tak jumpa pula. Dah macam demonstrasi aman. Bersesak-sesak orang dok baca quran, solat sunat semua.

Sementara tunggu Isyak, aku jalan dengan kereta nak pergi supermarket, bawang dah habis. Supermarket pun sunyi sepi. Aik pelik sungguh. Semua orang dah siap beli barang raya ka. Dah ambil bawang, sampai kat cashier, adik cashier tengah nangis-nangis baca quran kecik. Aku yang scan bawang sendiri dan letak duit. Aku dah mula rasa seram.

Tengah nak balik masjid, aku ubah plan. Nak pergi masjid taman perumahan sebelah. Tu dia, parking penuh juga. Aku pergi masjid taman sebelah lagi pula. Tu dia. Parking penuh. Masjid taman lagi sebelah. Tu dia. Parking penuh juga. Azan Isyak pun dah berkemandang, aku park kereta. Jalan kaki dalam 15 minit, punya penuh parking, terpaksa parking jauh. Aku masbuk tepi longkang lagi. Lepas Isyak orang semua bangkit solat sunat. Aku pula masih tak habis solat. Lepas tu tarawih. Imam baca punya sayu, aku menitis juga air mata. Setiap kali baca doa, Imam ada tambah doa bahasa Melayu,

"Ya Allah, ampunilah kami ya Allah. Hari ini semua rakyat Malaysia baru tersedar hadis riwayat bazzar, al hakim, disahihkan oleh Imam adz Dzahabi, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, ada disebut Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Jibrail a.s telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut....

Ya Allah, baru kami tersedar dan kami sangat takut ya Allah, Jibril telah doa celaka ke atas orang yang tak diampuni selepas Ramadhan, Nabi dah aminkannya! Doa kekasihmu yang mana tidak dimakbulkanMu ya Allah?!! Sungguh kami yakin Kau memakbulkan doa kekasihMu itu, maka barangsiapa yang tak diampuni di Bulan Ramadhan, maka celakalah dia. Kalau dia bernasib baik, dia berjumpa Ramadhan seterusnya, dia ada peluang bertaubat. Tapi kami tak tahu kami sempat atau tidak! Kami takut tak sempat, takut tak sempat, maka kami mati sebelum Ramadhan tahun depan, matilah kami dalam keadaan yang celaka! Sungguh, sebelum Ramadhan hari ini berakhir, ampuni kami ya Allah! Ampuni kami!"

Tersentak aku. Menitis air mata, berjurai-jurai turun lenjun pipi hingga basah janggut. Aku pun keluar suara teresak-esak... "Amin ya Allah, Amin ya Allah, aku juga takut tak sempat". Gementar aku kalau betul aku jadi orang celaka, sepanjang Ramadhan tak minta ampun, tak sungguh sungguh doa, asyik makan megi dan minum milo panas je. Solat sunat entah ke mana, tahajjud entah ke mana, tarawih, solat jemaah, zikir, quran. Astaghfirullah.

Malam itu habis satu Malaysia merintih pada Allah. Bersungguh-sungguh doa. Sampai semua non muslim pun teresak-esak menangis. Tanyalah pejabat agama, hampir semua non muslim berbondong-bondong masuk Islam. Memang semua takut. Siapa tak seram kalau dijadikan orang celaka sebab tak pernah ikhlas minta ampun pada Allah, dan tak diampuni hingga habis Ramadhan. Siapa sanggup berjoget, menari nyanyi-nyanyi lagu kuih raya duit raya semua. Siapa? Mana ada orang sanggup nak fikir tukar langsir baru, ketupat semua, mana sempat nak fikir, kalau Ramadhan kali ini tamat tanpa diampuni Allah, maka Nabi kita dah pun aminkan kita jadi celaka! Tak takut lagi?

------------

Aku pun hantar karangan ini pada Cikgu BM aku. Dia kata banyak salah eja, tapi dia menangis, dia kata dosa dia lagi banyak belum mohon Allah ampun daripada kesalahan ejaan karangan aku ini.

TAMAT


(913 patah perkataan)

14/06/2013

Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat

Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat



Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata: Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab, "Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”

Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “ku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab desa bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.” Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “ Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: “ Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “ Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda menjawab” Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “ Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya: “ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).” Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “ Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ

وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

11/06/2013

Kelebihan solat di tengah malam!

Kelebihan qiamullail, solat sunat tahajud

 
Solat, rukun Islam kedua adalah tiang kepada agama dalam kehidupan harian seseorang muslim. Apabila Nabi SAW mengibaratkan solat sebagai tiang sesuatu binaan, maka dapatlah kita gambarkan bahawa solat adalah ibadat agung dan penting yang perlu dilaksanakan setiap Muslim. Ibadat agung penting

Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya. – Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Jika rosak ibadat solatnya maka akan rosak dan runtuhlah amalan ibadat yang lain yang diikat oleh tiang solat tersebut.

Ibadat solat lima waktu difardukan kepada umat Islam melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab, 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Persoalan sekarang a,dakah Nabi SAW dan sahabat pernah menunaikan solat sebelum peristiwa Isra’ dan Mikraj?

Kebanyakan ulama antaranya Imam al-Syafi’e dalam kitab al-Umm menyatakan, sebelum difardukan solat lima waktu, ibadat solat difardukan dalam bentuk solat malam atau dikenali sebagai solat tahajud.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah al-Muzzammil, 1-3)

Menurut al-Imam al-Syafi’e, selepas sekian lama Nabi SAW dan sahabat melakukan solat malam, maka kewajipan itu dimansuhkan firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan manusia yang bersamamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jugalah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintah-Nya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah sesuatu yang mudah untuk kamu membacanya daripada Al-Quran (dalam sembahyang).” (Surah al-Muzzammil, ayat 20)

Qiamullail bermaksud ibadat yang dilakukan pada malam hari, sebaik-baiknya sepertiga akhir malam. Antara ibadat dilakukan adalah solat sunat pada waktu malam atau lebih dikenali solat sunat tahajud, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.


Dalilnya ialah firman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Sajadah, ayat 15-16)