Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi
Yunus a.s. berdoa :
Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan
terputus dari harapan dari semua tempat baginda a.s berdoa dan mengatakan:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى
كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain
Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang
zalim” ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang
daif dari tempat yang asing.
Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : “Tahukah kamu
suara siapa itu?”
Malaikat menjawab : “Tidak ya Allah”
Allah SWT memberitahu, “Itulah suara Yunus hamba-Ku.”
Malaikat mengatakan,”Ya Allah, Engkau Maha Pengampun
terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika
dalam kesusahan.”
Allah menjawab : “Sudah tentu”
Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus
dari perutnya.
No comments:
Post a Comment