Konsep cinta selepas kahwin yang dimomok-momokkan :
-Tunggu jodoh tu datang sendiri.
-Kenal seminggu dua terus kahwin, dengan impian yang
berbunga-bunga dan angan-angan indah.
-Tidak siasat menyeluruh akan latar belakang dan kesihatan
pasangan.
-Percaya kepada orang tengah (perantara) sepenuhnya.
Hasilnya :
-Yang ditunggu tak kunjung tiba.
-Menyesal dan rasa nak jadi single balik, tapi apa boleh
buat. Redha dan teruskan hidup seadanya walau separuh hati.
-Menyesal dan rasa tertipu, tapi dia yang kau pilih..
Sekurang-kurangnya dapat juga kahwin, dari terus membujang.
-Tak semua orang tengah pandai selidik orang yang suka kita.
Silap-silap, kita yang teraniaya sebab ada yang ambil kesempatan atas kelurusan
kita.
####################
Setiap yang berlaku, dengan keizinan Allah.
Namun, kita diberi akal fikiran untuk membuat pilihan. Kita
boleh memilih untuk membina atau mengabaikan ikatan yang telah termeterai.
Berpijaklah pada realiti, usah hanyut dengan gambaran indah
yang dipaparkan tentang 'cinta selepas kahwin'.
Tak ada orang yang nak expose hakikat pahit 'cinta selepas
kahwin'. Semuanya cerita yang konon 'best-best' je.
Dah tau yang kita ni pincang, sebelah sana pun pincang,
seeloknya terimalah seadanya jodoh tu. Masing-masing WAJIB berazam dan berusaha
untuk bina 'Rumahku Syurgaku'.
No comments:
Post a Comment