Bila melihat keadaan di Mesir teringat seorang alim/guru
saya yang telah meninggal dunia pernah menangis sepanjang malam berdekatan
maqam Nabi saw dan berdoa ya Allah saudara kami dilanda musibah .Kami tidak
buat apa-apa.
Wahai Nabi saw yang amat kucintai Kami malu dengan mu
saudara kami dilanda kesusahan, kami tidak buat apa-apa.
Di zaman Nabi saw seorang Islam mati mereka dilanda
kesedihan. Sehingga hampir mati masih beri air pada saudara islam yang lain.
Ribuan orang mati di Mesir dan kami masih lena tidur dan makan sedap. Kami
punya rumah besar, kereta besar, gaji besar, baju mahal tapi tidak buat apa-apa
untuk bantu saudara kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Tuhan kami yang berkuasa atas
segala sesuatu. Cucuri rahmat yang melimpah ke atas Nabi yang kami cintai yang
telah meninggalkan amanah ini.
selamatkanlah saudara kami yang beriman di Mesir. Kuatkan
kaki mereka terhadap musuh
Ya Allah Tuhan kami, kami hambamu yang zalim, jahil, berdosa
kerana tidak bangunkan Islam ini.
Ya Allah kasihanilah saudara kami di Mesir. Selamatkanlah
semua pejuang agamaMu dan keluarga mereka. Peliharalah anak-anak mereka yang
masih kecil. Wanita yang lemah dikalangan mereka. Orang Islam yang tua.
Ya Allah kami banyak buat dosa. Ya Allah kami menangis
melihat saudara kami. Ya Allah berilah kemenangan, keselamatan, kejayaan buat
pejuang agamaMu.
Ada juga orang masih tak faham kenapa kita mendoakan orang2 yang menderita di sana. Ada yang bagi alasan 'tiada kaitan'. Tapi bila diorang yang kena musibah, merayu2 minta tolong doakan.
Ada juga orang masih tak faham kenapa kita mendoakan orang2 yang menderita di sana. Ada yang bagi alasan 'tiada kaitan'. Tapi bila diorang yang kena musibah, merayu2 minta tolong doakan.
Saudara seagama. Tak kisah jauh atau dekat. Bantulah mereka.
Sekurang-kurangnya doa.
Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak
mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment