Kali ini saya ingin menceritakan kisah seorang pemandu lori
yang sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu
penghantaran supaya tidak lebih dari pukul 5.
Pemandu lori sering menghantar barang tapi apabila masuk
waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat
sampai ke destinasi bagi mengejar masa yang ditetapkan.. kerana jika lambat
akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.. dia juga berkata
kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi.. kalau dia solat lagi lah
dia lambat.. Dan dia bertemu dengan seorang Ustaz bagi mendapatkan bolehkah dia
buat begitu..
Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu.. takkanlah solat
sekejap pun tak boleh.. disebabkan anda nak kejar masa, saya bagi sedikit
cadangan.. waktu zohor nanti, awak berhenti untuk solat.. tapi awak solat benda
yang wajib je.. yang sunat awak tak payah buat.. wirid lepas solat tak payah
buat.. tapi jangan solat dalam keadaan gopoh.. cuba buat dulu...
Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan
solat zohor apabila sampai waktunya.. beliau mengambil masa dalam 4-5 minit
untuk solat.. hasil daripada beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi
15 minit lebih awal berbanding dengan sebelum ni yang beliau tidak solat
zohor... langsung tak de jem.. lancar je perjalanan beliau... subhanallah..
inilah kuasa Allah..
Kejadian ini saya rasa selalu berlaku di dalam persekitaran
kita.. kita lebih mementingkan tentang perkara di dunia dan sanggup menepikan
perkara yang benar-benar penting dan wajib iaitu solat..
Ramai orang lebih mengejar masa tapi ramai yang terlupa
bahawa Allah lah yang menciptakan masa.. tiada satu pun zarah dalam dunia dapat
bergerak melainkan dengan izin Allah tapi di mana kita meletakkan Allah di hati
kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya..
Contoh , jika kita ada 'appointment' dengan klien pukul 2
petang.. pukul 1 kita dah sampai coffee house.. tak nak terlambat sebab takut
hilang projek... solat zohor lebur.. habis waktu asar baru buat..
Contoh , Kita keluar rumah atas beberapa urusan, kemudian
masuk waktu solat, tapi kita tangguhkan solat tersebut atas alasan pakaian
tidak bersih, walhal islam mengutamakan kebersihan dan kita boleh juga bawak
pakaian extra letak saja dalam kereta. Kenapa perlu beralasan dengan Allah.
Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat..
langsung kita tak jaga sebab apa ? sebab kita tak nampk hasil dia di dunia tapi
kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya.. Dia yang memberikan kita
rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di
tempat kedua berbanding urusan duniawi kita.. layakkah kita dengan syurga Allah
yang tiada tandingannya itu ??
Renungan untuk diriku dan sahabat sahabat budiman semua..
No comments:
Post a Comment